Posts Tagged ‘TEMUDUGA KPLI’

 Temuduga

 Bertemu untuk menduga. Mungkin itu makna temuduga . Minggu hadapan ( 12 Mei 2009) saya akan ditemuduga. Pada kiraan saya temuduga ini adalah kali ke 5 dalam hidup saya. Temuduga pertama untuk kerja pertama saya disebuah  kompeni swasta sebagai jurureka bentuk ( designer). Temuga kedua ketiga saya boring dah jadi designer dan saya minta kerja dan ditemuduga untuk jawatan pensyarah , ketiga temuduga sebagai web master untuk sebuah koej swasta dan keempat ialah temuduga ketika untuk memasuki KPLI. Paling mengerikan semasa temuduga KPLI. Saya kena halau sebab rambut tidak memenuhi spek. Fobia juga untuk pergi temuduga seterusnya. Tetapi alhamdulillah Allah sudah tetapkan rezeki saya dan saya dapat jadi cikgu.  Untuk minggu hadapan saya pun tidak tahu akan ditanya cuma saya berharap semua soalan yang mudah dan jangan terlalu fakta. Kepada kekawan yang akan ditemuduga saya berharap semua berjaya. Selamat maju jaya untuk diri saya dan kekawan semua. Hidup ini memang penuh dugaan dan salah satu dugaan ialah apabila ditemuduga hehehe. Wassalam.

Ramai juga kawan-kawan saya yang bertanya kepada saya tips semasa menghadiri temuduga KPLI. Secara peribadinya , memang susah untuk saya memberi tips kerana sukar untuk diramal apa yang akan ditanya semasa temuduga nanti.  Paling mudah ialah dengan membaca tips atau panduan  temuduga umum . Kebanyakkan dari kita sudah mengetahui dan tidak jauh berbeza dengan tips temuduga untuk menghadiri temuduga KPLI. Di anatranya ialah:
1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru. Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika  dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju.

2. Datang  lebih awal samaada  paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang  dan tidak kelam kabut.

3. Susun  sijl dengan teratur. Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, sijil  SPM,  transkrip keputusan , dan diikuti dengan sijil-sijil akademik yang lain . Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan.  Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan.

4.  Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah

a- Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.
b-  Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidkan,  Nama menteri dan pengarah pelajaran.
c- Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru
d- Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidkan dengan kemahiran yang kamu ada.
e- Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.
f- Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan.
g-  Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaiatan dengan kebolehan anda dan sumbangan
5. Menjawab  soalan dengan tenang setenang James Bond menghadapi suasana sukar.
6. Tidak terlalu menunjuk anda seorang yang terlebih bijak. Bersederhanalah dalam menjawab.
7. Paling penting berdoalah kepada Allah kerana dialah yang Maha Memberi Rezeki..Sebelum saya terlupa, masa temuduga paling minimum  15 minit mungkin sampai setengah jam pun ada kalau 20 minit tu biasa sahaja. Bersedialah mempromosi diri anda untuk menunjukkan anda mampu menjadi guru yang terbaik.

Selamat berjaya

pepper spray
Bank Malaysia
Beli On Line
Komputer
Sms Free
Web Kerajaan Malaysia
Web Sekolah
September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930