Posts Tagged ‘selamat hari guru’
Selamat Hari Guru
Selamat hari Guru , kepada gur-guruku semua yang mengajat dari Sekolah Rendah Kebangsaan Mata Ayer, Sekolah Menengah Kebangsaan, Guru-guru di Matrikulasi, UPM, Pondok dan guru-guru yang perseorangan yang tidak pernah jemu menegur dan memberi tunjuk ajar pada diri ini.
Pagi tadi saya baca suratkhabar berita harian, hanya 30 peratus sahaja guru lelaki berbanding dengan jumlah perempuan. Ke mana kaum lelaki ? memang saya tidak nafikan watak seorang pendidik lebih kepada wanita dengan tambahan bonus watak keibuan yang mempunyai naluri keibuan yang mampu mentafsir mengikut kata hati. Saya pun sudah rasa kesunyian apabila ramai guru lelaki yang bertukar diganti dengan guru perempuan dan yang telah berkahwin. Nasib badan.
Sambutan Hari Guru.
Saya rasa secara tidak sengaja atau sengaja setiap manusia yang pernah ke sekolah akan menyambut Hari Guru. Secara tidak sengaja atau sengaja juga kita mempunyai guru yang kita selalu kita ingat dengan kewibawaan dan kesungguhan guru tersebut melayan kita. Semakin pandai guru tersebut melayan karenah murid makin dekat guru tersebut di hati muridnya, melayan yang saya maksudkan dengan penuh kawalan dan perasaan tanggungjawab . Bukan melayan dengan membiarkan muridnya hanyut dibawa arus zaman yang banyak ranjau berduri . Secara tidak lansung kita akan bersama dengan insan yang bernama guru dari darjah satu sampai ke tingkatan lima atau enam. Pensyarah pun guru juga tetapi kita tidak memanggilnya dengan panggilan “cikgu” sebab kerana itu saya mengatakan panggilan cikgu tu kita guna sampai tingkatan lima atau enam.
Seorang guru memang memberi kesan banyak kepada muridnya. Guru bukan sekadar seorang yang mengajar matapelajaran tertentu sahaja tetapi yang memberi semangat kepada muridnya, tempat meluah perasaan dan berkongsi masalah malahan guru adalah sebagai ibu bapa yang ke dua terutama disekolah. Memang hidup kita berhubung dengan guru. Saya sendiri merenung kembali diri saya, kalau tanpa dengan tunjuk ajar dari guru saya dahulu sepatah haram pun saya tidak tahu, dari tidak tahu mengenal huruf, guru saya mengajar pandai membaca mengira sehinggalah sampai sekarang berkat ilmu tulis baca saya menjadi manusia pada hari ini. Terima kasih cikgu.
Guru Insan Terpilih
Saya teringat kisah seorang kawan saya, asalnya dia bekerja sebagai seorang jurutera, isterinya yang mengisi borang KPLI untuknya. Dia Berjaya ditemuduga dan Berjaya terpilih untuk menjadi guru walaupun dia sendiri pun tak sangka begitu mudahnya dia dapat menjadi guru padahal beribu-ribuan orang yang masih belum mendapat pekerjaan dan ijazah setandingnya. Mengikut ceritanya begitu terharu apabila dia sedar dia dipilih untuk menjadi guru , bukan sekadar dipilih oleh penemuduga tetapi dipilih oleh Yang Maha Berkuasa. Menitis air mata kawan saya apabila menyanyi lagu Guru Malaysia apabila hari orientasi di Maktab, terutama pada lirik
“Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
KKKepada sahabat seguruan sekalian selamat hari guru dan sama-sama kita hayati lagu Malaysia dan kita kotakan apa yang kita janji. Tidak lupa juga selamat hari guru buat seorang guru yang istimewa dalam hidup saya. Saya sayang kamu.
Gambar-gambar lain boleh tengok di http://mahazan.fotopages.com
Tahun ini merupakan sambutan hari guru yang pertama buat saya sebagai seorang guru. Memang seronok dan terharu apabila mendapat hadiah daripada murid terutama daripada murid yang pernah kita marah tiba-tiba pada hari guru dia menghulurkan hadiah dan mengucapkan selamat hari guru. Saya pun tak sangka saya akan mendapat hadiah walaupun saya tidak mengajar dan bukan guru kelas. Kebiasaan guru kelas akan mendapat hadiah yang banyak . Setiap tahun sambutan hari guru memang meriah , satu Malaysia akan meyambutnya dan lebih meriah lagi kerana turut dipromosikan oleh radio , televisyen dan juga media-media cetak. Setiap tahun, seingat saya tv akan menyiarkan drama yang berkenaan guru begitu juga dengan radio akan memberi peluang kepada pendengar untuk mengucapkan selamat hari guru kepada guru kesayangan atau guru di minati.
Setahu saya bukan guru sahaja mempunyai hari guru , pekerjaan lain seperti polis dn jururawat juga mempunyai hari tertentu untuk sambutanya tetapi agak kurang mendapat promosi. Semua orang yang belajar dan pergi ke sekolah mesti berguru ataupun diajar oleh guru. Paling kurang seorang murid akan berada di sekolah 6 jam dari pukul 8 sehingga pukul 1 tengahhari. Hampir separuh masa dihabiskan disekolah. Oleh yang demikian tidak hairanlah kenapa guru mendapat promosi lebih daripada pekerjaan lain. Kita akan berjumpa doktor bila sakit sahaja , begitu juga dengan penguam, polis , bomba dan sebagainya. Kita akan berurusan apabila perlu sahaja dan bukan sepanjang masa. Jarang atau mungkin tidak ada , kita dengar ada orang cakap bomba atau jururawat kesayangan tetapi selalu kita dengar ada orang cakap guru kesayangan.
Saya guru sekolah rendah. Memang tidak mengharap apa-apa hadiah pun daipada murid. Maklumlah murid yang masih berumur 7 hinngga 12 tahun mana ada duit dan boleh keluar rumah nak beli hadiah. Tetapi agak terharu kerana hadiah yang saya dapat memang dibeli oleh ibu bapa mereka siap dengan print dengan computer lagi ucapan di hadiah tersebut. Teringat pula semas saya kecil dahulu, tak pernah pun beri hadiah kepada cikgu semasa hari guru.
Sajak pertama saya yang dihasilan semasa di maktab dan dipersembahkan di maktab. Paling seronok persembahan tersebut dapat nombor satu. Teringat pula kat Kudin atau Zainudian yang melakonkan watak guru tua .
Terima Kasih Guru Tua
Malam ini akan ku baca
Sebuah puisi untukmu guru tua
Termenung dan bersandar di tiang usia
Mengenang bilik darjah dan papan hitam
Mengisi jiwa muridmu
Guru tua tersenyum sendirian
Dengan bahasa kerinduan
Kembali mentafsir makna pengorbanan
Dan perjuangan bangsa tercinta
Malam ini akan ku baca puisi kejayaanmu
Lihatlah tinggi bangunan tersegam
Kukuh menjulang tegap ke langit
Ilmumu guru terpancar di puncak
Lihat betapa tekun seorang pensyarah
Menyebar ilmu tanpa sempadan
Suci nasihatmu g tersemat di dada
Lihatlah betapa hebat seorang perdana menteri
Negara maju rakyat terbilang
Pesan darimu guru tak mampu dibilang
Lihatkan pewira-pewira negara
Darah dan nyawa taruhan pertiwi
Semangat juangmu dibawa bersama
Lihatlah betapa mulia seorang doktor
Indah budi melayan pesakit
Sekalung penghargaan untukmu guru
Malam ini akan ku baca puisi untukmu guru
Untuk terus mengenang jasa dan bakti
Jiwaku terbentuk acuan suci
Dari ilmu seikhlas pemberian
Terima kasih guruku
By : Sayed Mahazan Bin Sayed Daud

