Posts Tagged ‘ppsmi’
1. Kali pertama dapat pengalaman jaga peperiksaaan UPSR. Tak best sangat , maklumlah pengawas peperiksaaan ni kena jaga budak exam je bukan leh sms , baca buku ke. Namun pengalaman jaga periksa memang menarik
2. Sekolah aku jaga periksa sekolah Cina. Aku tak pernah masuk sekolah cina. Wahh besarnya sekolah ni . Bukan setakat besar malahan cantik . Design bangunan baru . Dengar cerita bangunan sekolah ni adalah sumbangan daripada PIBG dan persatuan cina. Sebab sekolah cina tidak mendapat bantuan penuh. Respect lah kat kaum cina sifat sedekah tu sampai boleh buat bangunan. Orang Melayu lagi tahu sedekah banyak pahala. tambahan pula sedekah untuk keperluan sekolah lagi banyak pahala dan tergolong daripada sedekah jariah.Iklas walaupun sedikit .Seposen cukuplah asalkan ikhlas
3. Biasanya kalau kat sekolah SK budak Melayu akan bagi salam apabila jumpa cikgu. Sekolah cina saya lihat murid siap tunduk lagi sambil ucap selamat pagi. Macam cerita Jepun tu. Haik.Lebih kurang macam tu dia punya tunduk. Hormat guru berkat ilmu.
4. Ada lagi benda yang menarik. Tadi periksa Matematik. Bukan main cepat budak Cina Jawab periksa siap tulis cina lagi. Ada beberapa calon Melayu pun tulis cina. Hebat pula budak Melayu tulis cina. Teringat pula kat bebudak sekolah saya .mungkin duk jawab soalan dalam Bahasa Inggeris kot. Orang Melayu hebat . Tulis cina boleh , tulis Inggeris pun boleh.Hebat-hebat macam Hang Jebat
5. Wassalam
Pagi-pagi lagi saya membeli suratkhabar untuk mengetahui laporan mengenai Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang telah diadakan di Masjid negara. Semalam saya telah membaca melalui internet www.malaysiakini.com melaporkan seramai hampir 8000 orang yang menyertai GMP di perhimpunan tersebut , harakahdayli melaporkan seramai 100 ribu lebih yang menyertai perhimpunan tersebut . Utusan Malaysia pula melaporkan hanya 5000 orang . Teringat saya pada perhimpunan 100 ribu yang dianjurkan oleh BERSIH , sebuah suratkhabar tempatan utusan*** melaporkan hanya 4 ribu sahaja yang menyertai perhimpunan tersebut padahal jumlah yang menyertai perhimpunan tersebut hampir 100 ribu. Bagi saya ini penipuan yang nyata telah dibuat oleh suratkhabar terhadap saya dan semenjak hari itu saya kurang percaya pada bilangan yang dibuat suratkhabar tersebut. Apa salahnya melaporkan sesuatu yang betul . Mungkin ada sebilangan masyarakat percaya dengan laporan tersebut tetapi harus diingat ramai yang akan rasa ditipu. Saya pun tidak tahu berapa jumlah yang menghadiri perhimpunan tersebut tetapi saya rasa lebih daripada 5 ribu orang , melihat gambar yang telah ditunjukkan kepada saya oleh seorang kawan. Ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa GMP adalah muslihat politik dan tokoh-tokoh bahasa telah diperguna oleh orang politik. Bodohnya tokoh-tokoh tersebut bertaraf Profesor dan sasterawan Negara untuk diperalatkan. Tetapi saya akan setuju sekiranya kenyataan tokoh bahasa “memperalatkan” orang politik untuk memperjuangkan isu bahasa yang besar ini. Saya setuju sangat dengan pendapat Boss Malaysia atau perdana menteri kita Pak Lah mengeluarkan kenyataan :
“Saya berharap Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera kerana jika tidak, tekanan dan tindakan NGO (badan bukan kerajaan) akan berterusan dan menjadi lebih besar lagi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan novel fantasi Dragonfire Hammer karya penulis muda berusia 14 tahun, Adam Umemoto, di sini semalam.
Mingguan Malaysia pula tak abis-abis dengan menyiarkan gambar penunjuk perasaan menghalang tugas polis. Saya lebih gemar melihat gambar yang disiarkan berita minggu yang menunjukkan ribuan berhimpun membantah PPSMI. Kasihan pula sasterawan Negara Pak Samad ( A. Samad Said ) kerana terkena gas pemedih mata.
“ Saya kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanay begini caranya untuk menyelamatkan bahasa. Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana akan terus memperjuangan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhnya”. Kata A. Samad Said.
Begitu kental semangat sasterawan negara ini yang dituduh oleh pihak tertentu bahawanya beliau diperalatkan oleh parti politik. Saya yakin , perjuangan Pak Samad ini merupakan perjuangan untuk memartabatkan bahasa dan bangsa bukannya untuk “politik”. Logik juga kalau bukan tokoh bahasa dan sasterawan Negara memperjuankan bahasa siapa lagi yang sanggup memikul tanggungjawab tersebut?

