Posts Tagged ‘kursus perkahwinan’

kursus kahwin
Kursus Kahwin
Saya baru sahaja menghadiri kursus kahwin. Memang agak berat kaki nak melangkah nak ke kursus kalau bukan ‘wajib”. Mahu or tidak saya perlu pergi juga. Saya memilih untuk ke kursus di Mahligai Firdaus di Titiwangsa. Yang bagusnya, untuk booking kursus ini sms sahaja. Dan sehari sebelum kursus pihak Mahligai Firdaus akan sms untuk membuat pengasahan sama ada kita berminat atau tidak untuk dating kursus ke esokan harinya.
Hari pertama kusus bermula jam 10 pagi dan tamat jam 7 petang. Berasap juga kepala saya mendengar ceramah hampir 8 jam. Rehat Cuma waktu solat Zohor dan Asar sahaja dan juga makan tengahhari. Ramai yang mengahadiri kursus dengan awek dan tunang masing-masing, saya rasa saya dan tiga orang sahaja peserta kursus yang datang tanpa pasangan. Kalau waktu makan, yang datang dengan pasangan akan makan dengan pasangan masing, memang Nampak romantik Cuma tak makan bersuap sahaja. Maklumlah bila dah kursus memang serius untuk mendirikan rumahtangga. Segan juga nak menggangu dan makan bersama dengan pasangan-pasangan romantik, jadi saya makan seorang diri sahaja dan selepas itu 3 orang peserta kursus yang tak berteman datang ke meja saya. Ada yang nak kahwin bulan enam dan ada juga yang memilih time raya untuk kahwin.
Ceramah ustaz masa kursus memang tak dapat dinafikan semua menghiburkan hati, banya lawak-lawak “ malam pertama” yang membuat peserta lelaki gelak macam nak pecah bilik kuliah, namun peserta perempuan dengan kawalan keayuan hanya senyum sahaja dan buat-buat tak faham, walaupun mungkin mereka lebih faham. Memang banyak perkara baru dan serba sedikit ilmu rumahtangga didedahkan di dalam kursus ini, memang berbaloi saya banyar RM 80 untuk kursus selama satu hari setengah dan sijil kursus perkahwinan tersebut boleh digunakan sampai bila-bila dan untuk perkahwinan akan datang.
Pada mulanya saya ingat selepas kursus terus dapat ambil sijil tetapi kena tunggu seminggu baru dapat sijil , maka terpaksalah saya pergi sekali lagi minggu berikutnya untuk mendapatkan sijil. Selain daripada kursus, ujian HIV pun menjadi kewajipan atau pun syarat untuk berkahwin. Sebelum pergi buat ujian HIV , jangan terus pergi ke klinik tersebut, kalau boleh call atau pun dapatkan maklumat dahulu, kerana ujian HIv bukan dijalankan setiap hari, hanya hari-hari tertentu sahaja. Biasanya dari jam 2 petang hingga 5 petang sahaja.
Saya telah membuat ujian HIV di Klinik kesihatan Sham Alam. Ujian HIV di Klinik Shah Alam bermula jam 2 petang hingga jam 5 petang sahaja, setiap hari Isnin hingga Khamis, Hanya 40 orang sahaja sehari. Keputusan ujian hiv boleh dapat pada hari yang sama lebih kurang 15 minit sahaja. Begitulah ceritanya.
