Posts Tagged ‘jus mate dr. rozmey’
Hebat juga target Dr. Rozmey apabila dia mensasarkan target kutipan Rm 12 juta untuk filem sulungnya yang bertajuk dua alam. Buat masa sekarang kutipan rm 12 juta untuk filem Malaysia bukan satu kutipan yang mudah. Kebetulan pula tarikh keluar panggung Filem dua alam lebih kurang dengan tarikh filem Iron man 2 . Sebuah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat filem super hero.

filem dua alam
Tidat dapat dinafikan Dr. Rozmey telah membuat promosi yang hebat , terutama promosi yang menggunakan tabloid kosmo. Artikel dan temuramah dalam tabloid tersebut memang mengangkat Dr. Rozmey setinggi langit sehingga penulis menggunakan istilah Fenomena Dr. Rozmey. Betul ke Dr. Rozmey telah menjadi fenomena. ? Mungkin Dr. Rozmey kurang dikenali oleh saya yang berbadan agak slim. Kalau lihat pelbagai majalah akan terpapar kehebatan jus mate Dr. Rozmey. Promosi yang dan pemasaran yang berkesan dibuat oleh Dr. Rozmey berjaya membuat jus mate menjadi sebuah produk yang dikenali berbanding dengan produk-produk yang lain walaupun dalam masa yang sama memang ada produk yang sama hebat mahupun lebih hebat daripada jus mate tetapi disebabkan kurang promosi membuat produk tersebut hanya dipandang sebelah mata sahaja.
Dengan keyakinan pada promosi an pemasaran yang hebat membuat Dr. Rozmey berani menceburi diri salam bidang penerbitan filem. Harus diingat dunia perfileman jauh berbeza dengan dunia ‘jus mate”. Tambahan pula , pada masa sekarang rakyat Malaysia kebanyakkan masih kurang yakin dengan kualiti filem Melayu. Contoh yang palin mudah ialah filem Puteri Gunung Ledang. Memang diakui PGL adalah sebuah filem yang hebat dan menelan belanja berjuta ringgit selain dengan promosi yang hebat tapi akhirnya pulangan hanya seberapa sahaja tidak seperti yang diharapkan. Walaupun filem yang dibuat hebat tetapi masyarakat kita masih belum mahir untuk menilai filem-filem yang betul-betul berkualiti. Mereka sering mengambil jalan mudah dengan menonton filem berunsurkan komidi dengan mentafsir , filem yang boleh menghiburkan dikatakan filem yang berkualiti. Filem terbaru yang di anggap berkualiti ialah “ Adnan Sempit”.

iron man 2
Saya bukan ahli nujum , tetapi memandangkan suasana sekarang untuk mendapat 12 juta memang sukar . Apapun saya tetap menyokong Dr. Rozmey sebagai seorang usahawan Melayu yang berani menceburi diri dalam filem. Cuma Dr. Rozmey perlu lebih berhati-hati kerana dunia perfileman ini banyak “duri-duri” yang akan menyusuk perasaan.
