Posts Tagged ‘balik kampung’

sepi s
Emm cuti sekolah bermula . Semua kawan serumah sudah balik kampung . Nahizul balik pukul 12.00 tengah malam tadi. Aku je yang sayangkan kt Rantau Panjang ni sampai tak reti nak balik kampung haha. Tadi sebelum balik sekolah jumpa kak Hana, dia cakap memang mak kata tak payah balik tapi mak lebih gembira kalau anaknya balik. Mak memang tak nak menyusahkan anaknya. Tersentuh juga dengan kata-kata kak Hana. Kak Hana memang ada nilai keibuan yang tinggi dan paling aku kagum kat dia ni kelebihan memujuk budak. Memang dapat cair hati budak yang menangis kalau kak Hana pujuk , Terima kasih kepada kak Hana kerana tolong bungkus hadiah baju tadi. Susah juga nak jawab time dia tanya baju kurung siapa ni?,,, emm senyap aje lah …
Cepat pula berubah hati ini. Time duk sorang macam ni terfikir pula betapa seronok kalau dapat balik kampung dapat berbuka puasa bersama bonda tercinta. Malam ni , aku nak sahur pun rasa malas, kalu aku bangun nanti roi aje lah yang akan aku buat sahur. Ramadan bulan yang pernuh dengan keberkatan harap-harap bersahur dengan roti pun dapat kenyang.
