Hebat juga target Dr. Rozmey apabila dia mensasarkan target kutipan Rm 12 juta untuk filem sulungnya yang bertajuk dua alam. Buat masa sekarang kutipan rm 12 juta untuk filem Malaysia bukan satu kutipan yang mudah. Kebetulan pula tarikh keluar panggung Filem dua alam lebih kurang dengan tarikh filem Iron man 2 . Sebuah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat filem super hero.

filem dua alam

filem dua alam

Tidat dapat dinafikan Dr. Rozmey telah membuat promosi yang hebat , terutama promosi yang menggunakan tabloid kosmo. Artikel dan temuramah dalam tabloid tersebut memang mengangkat Dr. Rozmey setinggi langit sehingga penulis menggunakan istilah Fenomena Dr. Rozmey. Betul ke Dr. Rozmey telah menjadi fenomena. ? Mungkin Dr. Rozmey kurang dikenali oleh saya yang berbadan agak slim. Kalau lihat pelbagai majalah akan terpapar kehebatan jus mate Dr. Rozmey. Promosi yang dan pemasaran yang berkesan dibuat oleh Dr. Rozmey berjaya membuat jus mate menjadi sebuah produk yang dikenali berbanding dengan produk-produk yang lain walaupun dalam masa yang sama memang ada produk yang sama hebat mahupun lebih hebat daripada jus mate tetapi disebabkan kurang promosi membuat produk tersebut hanya dipandang sebelah mata sahaja.

Dengan keyakinan pada promosi an pemasaran yang hebat membuat Dr. Rozmey berani menceburi diri salam bidang penerbitan filem. Harus diingat dunia perfileman jauh berbeza dengan dunia ‘jus mate”. Tambahan pula , pada masa sekarang rakyat Malaysia kebanyakkan masih kurang yakin dengan kualiti filem Melayu. Contoh yang palin mudah ialah filem Puteri Gunung Ledang. Memang diakui PGL adalah sebuah filem yang hebat dan menelan belanja berjuta ringgit selain dengan promosi yang hebat tapi akhirnya pulangan hanya seberapa sahaja tidak seperti yang diharapkan. Walaupun filem yang dibuat hebat tetapi masyarakat kita masih belum mahir untuk menilai filem-filem yang betul-betul berkualiti. Mereka sering mengambil jalan mudah dengan menonton filem berunsurkan komidi dengan mentafsir , filem yang boleh menghiburkan dikatakan filem yang berkualiti. Filem terbaru yang di anggap berkualiti ialah “ Adnan Sempit”.

iron man 2

iron man 2

Saya bukan ahli nujum , tetapi memandangkan suasana sekarang untuk mendapat 12 juta memang sukar . Apapun saya tetap menyokong Dr. Rozmey sebagai seorang usahawan Melayu yang berani menceburi diri dalam filem. Cuma Dr. Rozmey perlu lebih berhati-hati kerana dunia perfileman ini banyak “duri-duri” yang akan menyusuk perasaan.

kursus kahwin

kursus kahwin

Kursus Kahwin

Saya baru sahaja menghadiri kursus kahwin. Memang agak berat kaki nak melangkah nak ke kursus kalau bukan ‘wajib”. Mahu or tidak saya perlu pergi juga. Saya memilih untuk ke kursus di Mahligai Firdaus di Titiwangsa. Yang bagusnya, untuk booking kursus ini sms sahaja. Dan sehari sebelum kursus pihak Mahligai Firdaus akan sms untuk membuat pengasahan sama ada kita berminat atau tidak untuk dating kursus ke esokan harinya.

Hari pertama kusus bermula jam 10 pagi dan tamat jam 7 petang. Berasap juga kepala saya mendengar ceramah hampir 8 jam. Rehat Cuma waktu solat Zohor dan Asar sahaja dan juga makan tengahhari. Ramai yang mengahadiri kursus dengan awek dan tunang masing-masing, saya rasa saya dan tiga orang sahaja peserta kursus yang datang tanpa pasangan. Kalau waktu makan, yang datang dengan pasangan akan makan dengan pasangan masing, memang Nampak romantik Cuma tak makan bersuap sahaja. Maklumlah bila dah kursus memang serius untuk mendirikan rumahtangga. Segan juga nak menggangu dan makan bersama dengan pasangan-pasangan romantik, jadi saya makan seorang diri sahaja dan selepas itu 3 orang peserta kursus yang tak berteman datang ke meja saya. Ada yang nak kahwin bulan enam dan ada juga yang memilih time raya untuk kahwin.

Ceramah ustaz masa kursus memang tak dapat dinafikan semua menghiburkan hati, banya lawak-lawak “ malam pertama” yang membuat peserta lelaki gelak macam nak pecah bilik kuliah, namun peserta perempuan dengan kawalan keayuan hanya senyum sahaja dan buat-buat tak faham, walaupun mungkin mereka lebih faham. Memang banyak perkara baru dan serba sedikit ilmu rumahtangga didedahkan di dalam kursus ini, memang berbaloi saya banyar RM 80 untuk kursus selama satu hari setengah dan sijil kursus perkahwinan tersebut boleh digunakan sampai bila-bila dan untuk perkahwinan akan datang.

Pada mulanya saya ingat selepas kursus terus dapat ambil sijil tetapi kena tunggu seminggu baru dapat sijil , maka terpaksalah saya pergi sekali lagi minggu berikutnya untuk mendapatkan sijil. Selain daripada kursus, ujian HIV pun menjadi kewajipan atau pun syarat untuk berkahwin. Sebelum pergi buat ujian HIV , jangan terus pergi ke klinik tersebut, kalau boleh call atau pun dapatkan maklumat dahulu, kerana ujian HIv bukan dijalankan setiap hari, hanya hari-hari tertentu sahaja. Biasanya dari jam 2 petang hingga 5 petang sahaja.

Saya telah membuat ujian HIV di Klinik kesihatan Sham Alam. Ujian HIV di Klinik Shah Alam bermula jam 2 petang hingga jam 5 petang sahaja, setiap hari Isnin hingga Khamis, Hanya 40 orang sahaja sehari. Keputusan ujian hiv boleh dapat pada hari yang sama lebih kurang 15 minit sahaja. Begitulah ceritanya.

Asmaradana Tv3

Sudah dua minggu saya layan drama Asmarada yang dilakonkan oleh pelakon yang sedang femes sekarang yang terdiri daripada Tiz Zaqyah, Puteri Sarah Liyana, Shaheizy Sam, Iqra Qinzly, Norish Karman, Mustafa Kamal , Memey dan pelakon-pelakon lain yang popular. Tiz Zaqyah ni femes masa cerita Nur Kasih tapi saya tak sempat layan cerita tersebut, dan saya masih tidak lupa kata-kata Tiz Zaqyah apabila orang Tanya kenapa dia tak pakai tudung sedangkan watak dalm cerita Nur Ksih bukan main suci , bertudung litup lagi, dengan simple sahaja dia menjawab itu bukan diri saya sebenar. Memang betul kata-katanya itu, tapi kalau boleh gunakan jawapan lain sedikit supaya dapat melindungi sedikit kejahilan dan ketidak cerdikan kita. Apapun saya akui dia memang pelakon yang hebat dan berbakat. Sehari dua ni, memang dia dikenali ramai dari makcik jual nasi lemak tepi jalan hinggalah pegawai kerajaan di Putrajaya, bukan apa cerita Nur kasih yang hebat itu berjaya menaikan namanya sebagai seorang pelakon yang mantop.

asamaradana

asamaradana

Tapi untuk cerita ini, dia masih memegang watak heroin tapi, gadis biasa-biasa sahaja tanpa tudung. Kisah cerita kali ini berkenaan dengan balas dendamseorang lelaki sebab awek lama kawen dengan orang lain. Masa itu heronya Sam atau nama dalam drama trsebut Amran , waktu itu Sam miskin lagi dan cintanya terpaksa dilupakan apabila kelurga Tiz Zaqyah atau Azizah menghalang perhubungan Sam.

Dengan usaha gigih dan nasib baik Sam menjadi kaya, dan berniat mahu membalas dendam terhadap kelurga Azizah dan cuba merampas Azizah daripada suaminya. Dalam perancangan tersebut Amran telah berkahwin dengan Mimie adik ipar Azizah dan Amran juga telah berjaya membunuh Norish Karman yang memegang watak mak saudara Azizah yang menjaga Azizah dengan memberi suntikan racun , kebetulan pula Norish Karman terkena stroke. Lakonan Norish Karman dalam drama ini mudah sahaja, kerana banyak wataknya atas kerusi roda dan hanya mengherotkan mulut sahaja. Dan lepas itu wataknya mati dengan kematian akibat diberi suntikan.

tiz zaqyah

tiz zaqyah

Pada mulanya saya mengagak Norish Karman akan sembuh dari stroke dan mampu bercakap dan sihat tetapi tak sangka pula kena bunuh. Pada jangkaan saya cerita ini berakhir dengan Amran akan dipenjarakan ataupun mati akibat eksiden jalan raya atau dia akan membunuh dirinya. Yang pasti dia tidak mampu merampas Azizah kembali kerana cinta Azizah hanya pada suami dan keluarganya. Kita sama-sama nantikan kesudahanya

Nukkasih tiz zakiah

Nukkasih tiz zakiah

keselamatan

keselamatan

Tapisan Keselamatan

Saya semak tapisan keselamatan melalui website http://apps.cgso.gov.my/pilih.nsf/sennokp/E2B26FE170D2D71A4825770D00597353?OpenDocument tapi apabila saya memasukkan ic saya , system tersebut bagi mesej data tidak dijumpai. Kalau mengikut system biasa, biasanya mesej tersebut dipaparkan apabila maklumat tidak dimasukan di dalam database system tersebut. Hairan juga kenapa sedangkan saya sudah hantar setahun lepas sedangkan sahabat saya yang baru hantar awal tahun ni dah ada dalam system dan status “dalam” proses. Pada mulanya saya ingat saya seorang sahaja mengalami masalah ini dan saya cuba bertanya pasa sahabat yang lain dan mereka mempunyai masalah yang sama. Waktu ketika saya menulis post ni saya belum dapat jalan penyelesaian lagi, dalam kepala saya kalau susah sangat saya nak hantar baru sahaja. Tapisan keselamatan itu penting juga , silap haribulan kalau tak lepas atau tak ada borang tersebut tak boleh confirm. Saya Tanya kerani takut-takut saya belum isi lagi, tapi dia kata saya dah isi. Begitulah ceritanya.

jus kuruskan badana

jus kuruskan badan

Balik dari kerja tadi, saya sempat singgah diekdai sebelum sampai ke rumah. Seperti biasa saya meng’order’ teh o nipis. Nak makan sudah kenyang hanya dahaga sahaja. Lagipun pekena teh o waktu petang begini ada kenikmatannya yang tersendiri. Sambil saya minum saya tertengok di tabloid Harian Metro. Testimonial dari seorang pengguna Jus xxx( bukan nama sebenar) yang berjaya menurunkan berta badan dalam 50 kg dalam tempoh 4 bulan sahaja. Dalam gambar tersebut bukan main bergaya, dahulu montel sekarang dah slim. Saya pun kekadang konfius takut2 terbalik, dahulu dan selepas, manalah tahu gambar yang berat 120 kg tu gambar terbaru dan gambar slim gambar yang dahulu.

Saya buat perkiraan, kalau berjaya mengurangkan berat badan 50 kg dalam masa 4 bulan , ini bermakna dalam sehari dia perlu mengurangkan 417 gram. Banyak juga penurunan sebanyak itu, Kalau yang makan Jusxx ini dan makan nasi 3 kali sehari, tak mapu nak turun sebanyak ini. Nasi tiga kali sehari dah hampir 400 gram atau lebih lagi. Tak termasuk makanan lain lagi. Memang apa yang kita makan akan ‘dibuang’ balik tapi tidak sebanyak kita makan.

Kesimpulan dari tadi, walaupun apa jenis ubat anda makan untuk mengurangkan berat badan , perkara utama yang perlu anda tekankan ialah disiplin diet anda. Kalau makan Juxxx dan makan nasi 4 pinggang sehari tak berbaloi menghabiskan duit untuk membeli Jusxx tersebut. Ubat-ubat tersebut memang berkesan, mungkin menyebabkan selera anda kurang, rasa cepat kenyang dan sebagainya. Yang paling penting diet . Itu sahaja. Oleh yang demikian untuk menjimatkan duit dengan membeli ubat-ubat kuruskan badan eloklah banyak bersenam dan kawal cara makan dan kalu boleh puasa. InsyaAlllah badan anda akan kurus. Begitulah biasanya.

pendidkan seks

pendidkan seks

Pendidikan Seks Disekolah Perlu.

Isu pendidkan sex diskolah bukan satu isu baru. Isu ini kembali panas apabila banyak terjadi kes pembungan bayi dan masalah sosial dikalangan remaja sekarang terutama pelajar Melayu yang disebakan tidak mampu untuk mengawal nafsu. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin , sebelum ini menegaskan satu jawatankuasa akan ditubuhkan unuk mendapat pandangan daripada pelbagai pihak berhubung polisi pendidikan seks di sekolah.

Ada pihak yang menyokong pendidikan ini diadakan dan ada juga yang terus menentang kerana pendidkan sexs ini bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu. Tertarik saya dengan pendapat Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahahir Mohamad yang disiarkan dalam Tabloid Harian Metro Rabu 12 April 2010 mengatakan tidak sesuai di adakan pendidikan seks khas dan hanya boleh memasukan pendidikan tersebut dalam matapelajaran lain terutama matapelajaan agama yang mendidik manusia mengawal nafsu. Saya sangat bersetuju dengan pendapat Tun.

Tun juga mengatakan kita perlu tahu dahulu apa makna pendidikan seks tersebut. Secara umumunya kalau disebutkan sexs kita akan faham hubungan kelamin anatara lelaki dan perempuan. Apabila disebutkan pendidikan seks mungkin ada yang beranggapan satu bentuk pendidikan yang mengajar pendidikan seks untuk membuat hunungan kelamin , sebab itulah Tun menegaskan pentasiran kepada pendidikan sexs tersebut perlu dibuat.

Pada hakikatnya apa-apa yang berbentuk pendidikan adalah suatu perkara yang baik dan melibatkan disiplin lmu, contohnya pendidikan Jasmani dan kesihatan dan yang diadakan disekolah dimana , guru mengajar murid-murid berkenaan penjagaan kesihatan fizikal dan mental. Kalau mahu menambah pendidkan seks disekolah semata-mata untuk mengurangkan kes-kes masalah sosial remaja kerana tidak mampu mengawal nafsu adalah suatu tindakan yang tidak berapa tepat . Kalau sekadar mahu memberitahu murid atau pelajar berkenaan dengan gangguan seksual, perhubungan seks yang selamat, cara mengelak diri daripada dirogol, mesti berkawan dengan kawan yang baik memadai kita selitkan pada matapelajaran agama atau matapelajaran yang berkaitan. Atau pun jalankan program berkala yang akan dijalan sebulan sekali atau tempoh tertentu berkenaan dengan masalah sosial seperti ceramah, perkhemahan dan sebagainya. Tambahan pula sekarang di setiap sekolah sudah dibekalakn dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang bertauliah yang mampu mengendalikan program-program sebegini. Program-program bekaitan dengan penyalahgunaan dadah telah dimasukan dalam silibus guru bimbingan dan kaunseling dan tidak salah rasanya ditambah dengan pendidikan seks.

Satu lagi perkara yang saya fikir, penekanan didikan agama kepada anak-anak sangatlah penting. Ustaz atau Ustazah jika diberi satu sub topik dalam matapelajaran agama saya yakin, mampu memberi penngajaran yang lebih berkesan dengan huraian dari sudut agama. Begitu juga dengan guru moral bagi yang bukan beragama Islam. Begitu saya fikir.

Saya memang telah lama bercita-cita mahu melawat Taman Negara, Kuala Tahan, tapi kalau nak pergi ke tempat seperti itu , tak seronok kalau setakat pergi seorang diri dan hanya menjalankan aktiviti seorang diri. Kebetulan sahabat saya yang mahu dikenali sebagai Ostat telah mencadangkan untuk kami menghabiskan beberapa hari cuti di sana untuk menikmati kehijauan alam yang terjaga di sana. Apabla mendengar cadangan dari sahabat saya,perasaan saya terus teruja dan terbayang di kepala kaki saya menjejak kaki di Jambatan gantung yang terdapat di Taman Negara yang setinggi 60 meter itu. Esok kami akan memulakan perjalanan. Semua urusan penginapan telah dibuat kawan saya yang mahu dikenali sebagi Ostat. Satu-satunya sahabat “sebujang” dengan saya. Memandangkan kami hanya pergi berdua, jadi kami fikir segala urusan lain kami akan fikirkan disana. Yang penting bawa duit secukupnya untuk menampung perbelanjaan sepanjang di sana.

Taman Negara Kuala Tahan

Taman Negara Kuala Tahan

15 Mac 2010

Pada mulanya kami ingin bertolak menaiki kereta api dari KL Sentral ke Jerantut tapi kami jadual kereta api tidak mengizinkan , kami bertolak dari Perhentian Bas Pekeliling ke Jerantut dengan menaiki bas yang bertajuk Metro Bas. Penghawa dingin bas ini sangat sejuk sehingga saya menggigil dan terpaksa mengeluarkan kain tuala dari beg saya untuk menyelimuti badan saya. Semasa dalam perjalanan saya dan kawan saya an sahabat saya berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang kami akan lakukan semasa sampai nanti. Kami bertolak dari Perhentian Bas Pekeliling pukul 9.00 pagi dan samapi ke Jerantut jam 12.15 tengah hari. Tiga jam jga perjalanan kami ke Jerantut. Tambang bas RM 16.80. Kira berbaloi lah juga.

Ini kali pertama saya sampai ke Jerantut. Walaupun sebuah bandar yang kecil tetapi semua kemudahan terdapat di sini termasuk stesyen kereta api .Kawan saya pernah memberi petua kalau nak tahu bandar atau pekan itu menjadi tumpuan atau tidak ,tengok ada atau tidak KFC. Memang sah di Jerantut ada KFC. Dari jauh dalam jarak 500 meter saya dapat lihat pejabat Pos. Kalau anda terlupa bawa duit jangan risau, di Jerantut semua bank ada,Bank Islam, BSN, Am Bank dan sebagainya.Tapi saya cari tandas awam untuk melepaskan hajat tak jumpa pula. Dasyat orang sini. Sebelum menaiki bas sempat saya mengsisi perut yang belum terisi dari pagi dengan roti telur dan juga teh o nipis. Rasa teralas sedikit perut.

Taman Negara

Taman Negara

Kami membuat keputusan untuk ke Kuala Tahan dengan menaiki bas dengan tambang sebanyak RM7.00. Kalau naik teksi RM 60 dan kalau anda yang suka dengan cabaran menaiki bot boleh ke hulu tembeling dan naik bot dari sana dengan bayaran sebanyak RM 30( bergantung pada tauke bot) Seorang pakcik tua yang berumur lingkungan awal 50 an mengajak kami menaiki basnya. Hanya bas sekolah yang berwarna kuning dan tertulis” Bas Sekolah” pada badan bas tersebut. Penumpang bas ini tak sampai separuh. Di hadapan saya seorang gadis yang membawa bersamanya beberapa kotak ayam KFC. Bau ayam goreng tersebut menusuki masuk ke dalam hidung saya dam membuat saya terasa lapar. Perut yang hanya terisi roti cana telur tadi mendambakan KFC. Saya hanya bercakap dengan Ostat hampir setengah jam sahaja. Selepas itu saya tengok Ostat lena dibuai mimpi. Di sini saya dapat melihat kehebatan sahabat saya, walaupun bas ini bergegar dan kadang ada gegearan yang hampir memecahkan cermin bas yang tidak ada penghawa dingin ini tetapi sahabat saya masih mampu melenakan tidurnya.

Ternyata Ostat sangat letih atau mungkin tidak cukup tidur. Dari wajahnya yang sedang tidur saya dapat rasakan dia tidur dengn nyenyak dan wajahnya juga menggambarkan dia kesepian. Entah kenapa saya mentasirkannya begitu. Mungkin satu anggapan sepintas lalu sahaja yang tidak berpijak pada kenyataan yang sohih. Bas terus bergegar namun sahabat saya terus tidur sehinggalah bas berhenti ke Kuala Tahan. Perjalanan kami selama 2 jam itu rasa sekejap sahaja.

Kami telah memilih Terasik View untuk tempat penginapan kami. Harganya pun juga agak berpatutan hanya RM 90 semalaman dengan bilik yang berhawa dingin dan juga agak selesa. Selain chalet di sini juga ada motel yang menawarkan hanya RM 10 semalaman. Setakat nak tidur tu boleh lah. Pengunjung yang mempunyai bajet yang lebih bolehlah menyewa di Mutiara Resort yang terdapat dalam kawasan Taman Negara tetapi kosnya juga agak mahal dalam RM 300 semalaman dan kalu nak sewa bunglow RM 1000 semalaman. Tapi bagi saya lebih baik sewa di kawasan jeti sahaja ,harganya murah dan tempat pun tidak menakutkan. Kawasan Taman Negara pada waktu malam sungguh sunyi. Seram juga kalau waktu malam.

Makan tengahhari pertama kami di Taman Negara ini ialah nasi goreng kampung resepi Liana Restoren. Nasi goreng kampung yang berwarn hijau dan ditambah dengan telur mata kerbau sangat menyelerakan. Selepas makan kami pun menyeberang sungai ke pusat pelancongan Taman Negara untuk mendapatkan permit masuk hutan yang dikenakan RM 1 dan juga permit membawa kamera RM 5 yang mana boleh digunakan selama sebulan.

Aktiviti yang pertama yang kami lakukan ialah menjelajah hutan pada waktu malam yang di pandu arah oleh pemandu pelancong yang badannya agak kurus. Untuk melakukan aktiviti ini pengunjung perlu membawa lampu suluh. Kami dibawa ke menara setinggi tiga tingkat yang dibina khas untuk melihat haiwan-haiwan yang berkeliaran pada waktu malam di hutan ini. Pada malam itu kami bertuah, kerana dari atas menara tersebut kelihatan empat mata rusa yang bersinar apabila disuluh dengan lampu. Mengikut kata pemandu pelancong, rusa-rusa tersebut datang ke tempat itu kerana terdapat garam bukit yang dipercayai sebagai ubat untuk binatang hutan. Kira-kira setengah jam kami berada di menara tersebut melihat elatah rusa yang sedang mencari makanan di kawasan itu. Rusa-rusa tersebut tidak menghiraukan kami, soalah-olah merestui kami melihatnya. Setelah sampai di bilik badan kami terasa sangat penat. Dan malam itu kami tidur hingga nyenyak sekali. Azan subuh pagi esoknya. mengejutkan kami dari lena

16 Mac 2010

Aktiviti kami pasa hari kedua ialah menjelajah Bukit Terasek, menaiki jambatan gantung dan menaiki bot laju. Antara ketiga-tiga aktiviti tersebut, bagi saya menaiki jambatan gantung yang setinggi 60 meter dari permukaan tanah dan sepanjang 500 meter adalah suatu aktiviti yang menarik dan segar di ingatan sampai ke hari ini. Bayaran untuk menaiki jambatan ganng itu sebanyak RM 5 tetapi dengan pakej pemandu pelancong dan jelajah hutan Terasek semuanya RM 35. Kalau anda yang jenis gayat tidak digalakan menaiki jambatn tersebut. Jarak antara seorang dengan seorang yang lain 10 meter. Jadi tak bolehlah anda berjalan berdua-duaan berpimpingan tangan. Semestinya jambatan gantung ini yang diperbuat dengan tali dan kayu akan bergoyang-goyang , oleh yang demikian anda digalakan berjalan dengan sopan ala-ala model. Ada tiga orang dari negara Arab yang memakai jubah .Bukan main kalut dia berjalan di atas jambatan tersebut, memang orang sana agak kasar. Badan dia pun boleh tahan Tinggi dan tegap. Sempat juga sahabat saya Ostat menyapa lelaki tersebut. Ostat ni dah lama bertapa kat Mesir, jadi kalau setakat nak bercakap Arab kacang sahaja.

Taman Negara

Taman Negara

Hampir setengah jam juga kami di atas Jambatan gantung tersebut. Pengalaman yang menarik berada di atas pokok yang tinggi. Ada juga saya dari jauh, melihat takut-takut ada gajah atau harimau yang dapat dilihat dari atas , tapi tak ada pula.

Pada sebelah petang pula, kami meneruskan aktiviti dengan menaiki “sampan laju” menyusuri sungai Taman Negara. Gerun juga rasa apabila melalui batu-batu yang terdapat di sungai terbayang saya kalau sampan yang kami naik tak sempat dikawal dan terkena batu tersebut, tentu sekali pecah sampan kami. Bukan ada insuran pun sampan ini. Tapi dengan kemahiran yang ada pada pengemudi sampan kami selamat tapi baju kami semua basah. Tapi memang mereka sebgaja pemandu seperti luar kawalan supaya baju kami basah. Sebelum itu, mereka sudah memberi plastik untuk mengisi telefon bimbit kami dan benda-benda yang penting.

Malam tu memang badan kami terasa penat sangat. Maklumlah seharian aktivi yang menggunakan tenaga hari ini. Kami makan malam disebuah restoren yang berhampiran dengan tempat menuggu bas disitu. Petang tadi Ostat ada bertanya keada pemandu pelancong tadi kat mana makanan yang best ada rasa.Nizam memberitahu disitu. Memang ada rasa, Ostat siap minta nasi lebih lagi, bila awek cun tu bawa nasi, dia rasa banyak pula dan cuba memberi kepada saya, tapi perut saya tak mampu mengisar lebih muatan. Tapi akhirnya habis juga Ostat makan. Awek Cun yang menghantar makan itu rupanya yang masak patut lah best. Dah lah cun pandai masak pula. Bisik hati kami. Malam tu kami tidur dengan lena lebih-lebih lagi Ostat . Mungkin terlalu kenyang makan nasii Goreng Kampung Made by Awek cun yang pandai memasak.

17 Mac 2010

Hari terakhir kami di Taman Negara. Selepas subuh saya bangun dan melihat suasana pagi ditepi beranda Hostel kami. Sambil melihat suasan damai di Taman Negara ini saya menghirup udara segar lagi nyaman. Terasa kesegaran dan jauh berbeza dengan udara di Rantau Panjang Klang tempat saya bertugas. Tempat yang dikelilingi dengan kilang . Aktiviti kami pada hari ketiga ialah ke Lata Berkoh. Sebuah Jeram yang dipenuhi batu dan tidak sesuai untuk mandi. Cuma mat dan mek saleh sahaja yang mandi kat situ. Mat saleh okey lagi bila mek atau minah saleh mandi saya tak boleh tahan, selamba sahaja pakai bikini yang menampakkan sesuatu tepaksalah saya melihat ke langit.

Selepas menyaksikan keindahan alam lata Bekoh dan juga keindahan Mek Sleh mandi kami pun meneruskan perkampungan Orang Asli. Pada mulanya saya terfikir kalau disebut kampung mesti seperti kampung saya tidak kirang dari 30 buah rumah tetapi kampung orang asli ka sini hanya 3 buah sahaja. Agak jauh dari khayalan saya. Antara aktivit yang menarik di kampung orang asli ini ialah demo babagaimana menghidupakn api dan juga menggunakan penyumpit. Tak sampai satu minit Orang asli yang bernama Power itu berjaya menghidupkan api dengan menggunakan rotan yang digesek dengan kayu jati. Kagum saya melihatnya. Mengikut kata Nizam kalau orang asli yang tak pandai menghidupkan api tak lulus nak berkahwin,seperti tak ada sijil kursus perkahwian dan ujian HIV test. jadi kalau nak kahwin perlu pandai tahu menghidupkan api dan juga menggunakan sumpit. Tapi apabila orang asli dah pandai pakai baju dan juga seluar jean sekarang amalan menghidupkan api menggunakan rotan jarang diamalkan lagi. Mereka lebih senang menggunakan pemetik api dan mancis , lebih mudah dan cepat. Senapang saya belum tengok lagi orang asli guna.

Tempat yang terakhir kami pergi ialah tempat penternakan ikan kelah. Bukan main gembira Ostat melihat ikan kelah . Siap menyelam untuk melihat ikan kelah dengan lebih dekat lagi. Geram rasa nak tangkap dan balik goreng ikan kelah yang jinak dan seolah-olah mahu berkawan dan mahu dibelai manja.

Pengalaman selama tiga hari tersebu sangat menarik, terasa berat kaki ingin melangkah ingin meninggalakan Taman Negara namun banyak lagi hala-hal yang perlu diselesaikan .Jauh mata kami memandang Taman Negara. Masih segar lagi diingatan kami kicau-kicau burung yang menyanyi dan hiasan bumi yang hijau dengan pepohon yang subur meninggi.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat dengan kebakaran di Pekan Pulai Chondong. Pada mulanya ingat kebakaran tu melibatkan sebuah atau dua buah sahaja tapi apabila tengok gambar di website www.nixk.net   lebih kurang 15 buah  rumah kedai terlibat. Alhamdulillah dalam kejadian tersebut tidak ada kehilangan nyawa.  Semasa saya menulis di dalam blog ini punca kebakaran belum diketahui lagi cuma ada kemungkinan disebabkan kebocoran gas dan litar pintas. Beberapa gambar untuk dikongsi yang diambil dari website www.nixk.net.

kebakaran di Pekan Pulai Chondong
kebakaran di Pekan Pulai Chondong
kebakaran pekan pulai chondong
kebakaran pekan pulai chondong

Untuk berita lanjut mengenai kebakaran tersebut boleh kli di http://www.nixk.net/kedai-pulai-chondong-dijilat-api/. Diharap keluarga yang terlibat dengan kebakaran ini banyak bersabar. Apapun berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Selamat bersunat dan berkhatan

Musim cuti sekolah ,selain bercuti murid-murid yang rasa dah agak besar tidak melepaskan peluang untuk berkhatan.  Jangan salah eja berkhatam tu lain berkhatan tu  lah yang potong . Zaman tok mudim sekarang rasa dah tak ada. Tapi sempat juga mendengar cerita dari abang-abangku yang menggunakan khidmat tok mudim Dengar cerita tok mudim menggunakan batang pisang Tidak terbayang  pula apa kegunaan batang pisang sebenarnya. Agak sakit juga upacara tersebut maklumlah tidak menggunakan ubat penahan sakit hanya menggunakan jampi mentera . Dasyat, dasyat… Tapi dengar cerita juga pada zaman dahulu cepat sembuh dan potongan yang dibuat cantik dan berseni. Kurang periksa pula macam mana seni tu. Tak pernah tengok pula bukti-bukti yang ada.

Ada juga upacara berkhatan dibuat secara beramai-ramai. Siap bantuan bomba memandikan calon-calon yang akan dipotong. Kebiasaan tok penghulu yang akan mengetuai upacara memandi tersebut atau  pun adun kawasan. Gembira dalam takut calon –calon tersebut selepas dimandikan. Ala  budak-budak seronok dapat main air.

Pelbagai promosi dibuat oleh doctor untuk upacara potongan tersebut. Pakej seorang dan pakej beramai-ramai lain harganya. Kalau ramai-ramai calon akan kurang sedikit rasa ketakutan. Sebenarnya tak ada lah sakit sangat pun potongan tersebut. Dalam  15 minit atau 20 minit siap. Mudah dan cepat. Dalam tempoh seminggu dah boleh naik basikal pusing kampung.  Bagi doktor kacang je setakat potong sikit . Doktor belajar selama 7 tahun segenap bahagian manusia dia pernah tengok dan potong semasa latihan dulu  ini kan hanya sedikit . Tak mencabar tetapi perlu dibuat dengan cermat dan hati-hati. Maklum lah bahagian penting dan penentu zuriat manusia.

Zaman dulu juga , agak  lewat budak-budak betkhatan. Ada kenalan saya sampai tingkatan tiga belum lagi. Tetapi sekarang darjah enam dah paling lewat, kebanyakkan darjah empat dah potong. Segan dengan kawan-kawan semua dah potong jadi waktu cuti sekolah budak-budak akan menyuruh ibu bapa mereka. Hebat, tak payah pujuk memang mereka yang suruh ibu bapa mereka. Itu pun sebab mereka tak ada duit sendiri. Kalau mereka ada duit sendiri , mungkin terkejut ibu bapa mereka tengok-tengok anak mereka dah potong lama!.

 Zaman sekarang juga tak ada lagi kedengaran cerita tok mudim kejar sampi atas pokok sebab tak mahu dipotong. Budak-budak sekarang dah tahu bneda tu tak sakit dan menjadi perkara biasa sahaja. Yang menangis pun dah tak ada. Zaman telah berubah perspeksi pun telah berubah. Bantuan teknologi dan perubahan cara berfikir. Tok mudim pun semua dah bersara. Ilmu kemudiman untuk diturunkan kepada anak cucu pun dah tak releven.

Ilmu perubatan juga telah membuktikan , bahawa ada kebaikan apabila dipotong bahagian tersebut. Oleh yang demikian tidak hairan pada zaman sekarang bukan orang Melayu yang beragama Islam sahaja malahan orang yang bukan beragama Islam pun berminat. Lebih bersih katanya. Wassalam.

 

 

 

 

1. Kali pertama dapat pengalaman jaga peperiksaaan UPSR.  Tak best sangat , maklumlah pengawas peperiksaaan ni kena jaga budak exam je bukan leh sms , baca buku ke. Namun pengalaman jaga periksa memang menarik

2. Sekolah aku jaga periksa sekolah Cina. Aku tak pernah masuk sekolah cina. Wahh besarnya sekolah ni . Bukan setakat besar malahan cantik . Design bangunan baru . Dengar cerita  bangunan sekolah ni adalah sumbangan daripada PIBG  dan persatuan cina. Sebab sekolah cina tidak mendapat bantuan penuh. Respect lah kat kaum cina sifat sedekah tu sampai boleh buat bangunan. Orang Melayu lagi tahu sedekah banyak pahala. tambahan pula sedekah untuk keperluan sekolah lagi banyak pahala dan tergolong daripada sedekah jariah.Iklas walaupun sedikit .Seposen cukuplah asalkan ikhlas

3. Biasanya kalau kat sekolah SK budak Melayu akan bagi salam apabila jumpa cikgu. Sekolah cina saya lihat murid siap tunduk lagi sambil ucap selamat pagi. Macam cerita Jepun tu. Haik.Lebih kurang macam tu dia punya tunduk. Hormat guru berkat ilmu.

4. Ada lagi benda yang menarik. Tadi periksa Matematik. Bukan main cepat budak Cina Jawab periksa siap tulis cina lagi. Ada beberapa calon Melayu pun tulis cina. Hebat pula budak Melayu tulis cina. Teringat pula kat bebudak sekolah saya .mungkin duk jawab soalan dalam Bahasa Inggeris kot. Orang Melayu hebat . Tulis cina boleh , tulis Inggeris pun boleh.Hebat-hebat macam Hang Jebat

5. Wassalam

pepper spray
Bank Malaysia
Beli On Line
Komputer
Sms Free
Web Kerajaan Malaysia
Web Sekolah
September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930