Ramai juga kawan-kawan saya yang bertanya kepada saya tips semasa menghadiri temuduga KPLI. Secara peribadinya , memang susah untuk saya memberi tips kerana sukar untuk diramal apa yang akan ditanya semasa temuduga nanti.  Paling mudah ialah dengan membaca tips atau panduan  temuduga umum . Kebanyakkan dari kita sudah mengetahui dan tidak jauh berbeza dengan tips temuduga untuk menghadiri temuduga KPLI. Di anatranya ialah:
1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru. Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika  dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju.

2. Datang  lebih awal samaada  paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang  dan tidak kelam kabut.

3. Susun  sijl dengan teratur. Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, sijil  SPM,  transkrip keputusan , dan diikuti dengan sijil-sijil akademik yang lain . Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan.  Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan.

4.  Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah

a- Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.
b-  Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidkan,  Nama menteri dan pengarah pelajaran.
c- Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru
d- Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidkan dengan kemahiran yang kamu ada.
e- Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.
f- Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan.
g-  Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaiatan dengan kebolehan anda dan sumbangan
5. Menjawab  soalan dengan tenang setenang James Bond menghadapi suasana sukar.
6. Tidak terlalu menunjuk anda seorang yang terlebih bijak. Bersederhanalah dalam menjawab.
7. Paling penting berdoalah kepada Allah kerana dialah yang Maha Memberi Rezeki..Sebelum saya terlupa, masa temuduga paling minimum  15 minit mungkin sampai setengah jam pun ada kalau 20 minit tu biasa sahaja. Bersedialah mempromosi diri anda untuk menunjukkan anda mampu menjadi guru yang terbaik.

Selamat berjaya

11 Responses to “Tips temuduga KPLI”

Leave a Reply

Buku permata yang hilang
Bank Malaysia
Beli On Line
Komputer
Sms Free
Web Kerajaan Malaysia
Web Sekolah
July 2010
M T W T F S S
« May    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031