Selamat Hari Guru

Selamat hari Guru , kepada gur-guruku semua yang mengajat dari Sekolah Rendah Kebangsaan Mata Ayer, Sekolah Menengah Kebangsaan, Guru-guru di Matrikulasi, UPM, Pondok dan guru-guru yang perseorangan yang tidak pernah jemu menegur dan memberi tunjuk ajar pada diri ini.

Pagi tadi saya baca suratkhabar berita harian, hanya 30 peratus sahaja guru lelaki berbanding dengan jumlah perempuan. Ke mana kaum lelaki ? memang saya tidak nafikan watak seorang pendidik lebih kepada wanita dengan tambahan bonus watak keibuan yang mempunyai naluri keibuan yang mampu mentafsir mengikut kata hati. Saya pun sudah rasa kesunyian apabila ramai guru lelaki yang bertukar diganti dengan guru perempuan dan yang telah berkahwin. Nasib badan.

Sambutan Hari Guru.

Saya rasa secara tidak sengaja atau sengaja setiap manusia yang pernah ke sekolah akan menyambut Hari Guru. Secara tidak sengaja atau sengaja juga kita mempunyai guru yang kita selalu kita ingat dengan kewibawaan dan kesungguhan guru tersebut melayan kita. Semakin pandai guru tersebut melayan karenah murid makin dekat guru tersebut di hati muridnya, melayan yang saya maksudkan dengan penuh kawalan dan perasaan tanggungjawab . Bukan melayan dengan membiarkan muridnya hanyut dibawa arus zaman yang banyak ranjau berduri . Secara tidak lansung kita akan bersama dengan insan yang bernama guru dari darjah satu sampai ke tingkatan lima atau enam. Pensyarah pun guru juga tetapi kita tidak memanggilnya dengan panggilan “cikgu” sebab kerana itu saya mengatakan panggilan cikgu tu kita guna sampai tingkatan lima atau enam.

Seorang guru memang memberi kesan banyak kepada muridnya. Guru bukan sekadar seorang yang mengajar matapelajaran tertentu sahaja tetapi yang memberi semangat kepada muridnya, tempat meluah perasaan dan berkongsi masalah malahan guru adalah sebagai ibu bapa yang ke dua terutama disekolah. Memang hidup kita berhubung dengan guru. Saya sendiri merenung kembali diri saya, kalau tanpa dengan tunjuk ajar dari guru saya dahulu sepatah haram pun saya tidak tahu, dari tidak tahu mengenal huruf, guru saya mengajar pandai membaca mengira sehinggalah sampai sekarang berkat ilmu tulis baca saya menjadi manusia pada hari ini. Terima kasih cikgu.

Guru Insan Terpilih

Saya teringat kisah seorang kawan saya, asalnya dia bekerja sebagai seorang jurutera, isterinya yang mengisi borang KPLI untuknya. Dia Berjaya ditemuduga dan Berjaya terpilih untuk menjadi guru walaupun dia sendiri pun tak sangka begitu mudahnya dia dapat menjadi guru padahal beribu-ribuan orang yang masih belum mendapat pekerjaan dan ijazah setandingnya. Mengikut ceritanya begitu terharu apabila dia sedar dia dipilih untuk menjadi guru , bukan sekadar dipilih oleh penemuduga tetapi dipilih oleh Yang Maha Berkuasa. Menitis air mata kawan saya apabila menyanyi lagu Guru Malaysia apabila hari orientasi di Maktab, terutama pada lirik

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan

Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan

Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

KKKepada sahabat seguruan sekalian selamat hari guru dan sama-sama kita hayati lagu Malaysia dan kita kotakan apa yang kita janji. Tidak lupa juga selamat hari guru buat seorang guru yang istimewa dalam hidup saya. Saya sayang kamu.

Leave a Reply

pepper spray
Bank Malaysia
Beli On Line
Komputer
Sms Free
Web Kerajaan Malaysia
Web Sekolah
September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930