1. Kali pertama dapat pengalaman jaga peperiksaaan UPSR. Tak best sangat , maklumlah pengawas peperiksaaan ni kena jaga budak exam je bukan leh sms , baca buku ke. Namun pengalaman jaga periksa memang menarik
2. Sekolah aku jaga periksa sekolah Cina. Aku tak pernah masuk sekolah cina. Wahh besarnya sekolah ni . Bukan setakat besar malahan cantik . Design bangunan baru . Dengar cerita bangunan sekolah ni adalah sumbangan daripada PIBG dan persatuan cina. Sebab sekolah cina tidak mendapat bantuan penuh. Respect lah kat kaum cina sifat sedekah tu sampai boleh buat bangunan. Orang Melayu lagi tahu sedekah banyak pahala. tambahan pula sedekah untuk keperluan sekolah lagi banyak pahala dan tergolong daripada sedekah jariah.Iklas walaupun sedikit .Seposen cukuplah asalkan ikhlas
3. Biasanya kalau kat sekolah SK budak Melayu akan bagi salam apabila jumpa cikgu. Sekolah cina saya lihat murid siap tunduk lagi sambil ucap selamat pagi. Macam cerita Jepun tu. Haik.Lebih kurang macam tu dia punya tunduk. Hormat guru berkat ilmu.
4. Ada lagi benda yang menarik. Tadi periksa Matematik. Bukan main cepat budak Cina Jawab periksa siap tulis cina lagi. Ada beberapa calon Melayu pun tulis cina. Hebat pula budak Melayu tulis cina. Teringat pula kat bebudak sekolah saya .mungkin duk jawab soalan dalam Bahasa Inggeris kot. Orang Melayu hebat . Tulis cina boleh , tulis Inggeris pun boleh.Hebat-hebat macam Hang Jebat
5. Wassalam
