Archive for the ‘Catatan Peribadi’ Category

Bila dengar banyak kali OST epilog syurga cinta ini, sedap juga suara Fida ni yer, lirik lagunya pun boleh tahan sedapnya. Korang juga boleh download mp3 epilog syurga cinta, jadi dengarlah sampai bosan..
Lirik Lagu Tema OST Epilog Syurga Cinta Akasia TV3
Ku Memohon Padamu – Fida
Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita
Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu
Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu
Ku Memohon Padamu
Download MP3 Lagu Tema OST Epilog Syurga Cinta
Link Download Ziddu
Link Download 4Shared
Catatan Ramadhan 2010
Berdua ada baiknya
Ramadhan tahun ini ada bezanya dengan Ramadhan tahun-tahun lepas. Hanya berdua tinggal sebumbung bersama housemate setia , Nahizul. Kekadang terasa ‘romantik “tinggal berdua , makan bersama, menonton tv bersama , terawikh bersama hanya tidak berbantal dan mimpi tidur yang sama. Hidup dalam mod bujang dan berjauhan dengan insan tersayang.
Bazar Ramdhan Tak ada Kenikmatan Sedap
Sehingga saya menulis catatan ini , kami masih berdapurkan bazar Ramadhan yang berhampiran dengan sekolah sahaja. Sememangnya dapur dirumah saya tidak ada, tetapi itu bukan alasanya kerana abang saya menawarkan dapur gasnya untuk dihantar ke rumah saya( Dia telah membeli dapur gas yang baru) . Beli lebih senang dan kadang-kadang kos beli dan masak hampir sama. Sampai sekarang saya masih belum merasa kenakan nikmat makanan di bazaar Ramdhan. Alasan saya beli makanan hanya untuk mengisi kekosongan perut sahaja bukan untuk menikmati makanan. Sudah tiga tempat berasingan saya membeli nasi kerabu tetapi masih mempunyai rasa tidak sedap yang sama.
Peniaga Bazar Ramadhan Lawa Tak Menggoda
Seperti yang saya selalu ulang cakap, saya memang tidak suka dengan gerai makanan yang tidak menjaga adab biasa seorang penjual makanan terutama menutup kepala. Dengan rambut yang lurus dan bersinar separas bahu dan bibir merah bergincu memang menggoda tetapi tidak membuat saya tertarik untuk membeli popia yang dilipat dengan keadaan rambut demikian, begitu juga dengan pemuda-pemuda yang menjual roti john bergelang tangan yang besar dan memakai rantai. Makcik dan kakak separuh umur yang hanya senyum biasa dan memakai apron dengan rambut tertutup rapi lebih menjadi tumpuan saya.
Teh o nipis
Air buah yang dijual dengan harga yang murah, kadang-kadang sahaja saya beli. Teh nipis panas selalu menjadi air rasmi ketika berbuka. Emak saya di kampung begitu juga sehingga saya terikut caranya. Apabila air panas diminum ketika berbuka akan menjadi tidak segojoh air tembikai yang berais. Selepas makan seperti biasa , akan berterawikh di Masjid Batu 4. Saya hanya buat 8 sahaja dan menggunakan masa jemaah lain menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran sahaja. Berlaian dengan Nahizul yang tidak pernah ketinggalan 2o rakaat terawihnya.
Cerekarama TV 3
Malam tadi saya tertinggal solat terawikh di Masjid, mata terasa pedih dan mengantuk. Selesai solat Magrib terus sahaja saya merebahkan diri di katil. Selalunya saya bukan seorang penidur, maksud saya seorang yang suka tidur. Saya tidur apabila mata betul-betul mengantuk , kalau bosan saya selalu membaca buku sahaja sehingga mata mengantuk . Jarang saya tengok televisyen kecuali cererkarama Tv3 dan drama bersiri sahaja. Kadang-kadang cerita Cerekarama ditv3 itu bagi saya lebih bermutu daripada cerita yang difilemkan dan ditayangkan di panggung wayang. Kalau nak tengok cerita orang Melayu, tengoklah cerekarama. Kata kawan saya kepada saya, memang saya setuju katanya.
Berjauhan dengan tersayang
Mata saya belum mengantuk lagi, tetapi saya harus menamatkan catatan ini . Masa untu saya bersahur. Menu sahur saya masih tidak berubah, nasi goreng dan telur dadar di kadai Mujinah hanya RM2.70 . Minum teh o nipis dengan nasi goreng panas pukul 4.30 pagi memang pengalaman yang mungkin sukar dilupakan. Kehidupan yang agak mencabar bebanding sahabat yang dapat merasa air tangan isteri di waktu berbuka dan bersahur membuat kadang-kadang saya terasa kekurangan tetapi itulah kelebihannya merasa pengalaman dan menguji kesabaran hidup. Allah bersama orang yang sabar dan semua ketetapanNya ada hikmah tersebunyi. Kejauhan cabaran apabila terasa rindu dan mungkin yang tinggal bersama cabarannya berlainan pula. Malah lebih hebat dari yang berjauhan.
Sambil menulis pagi in ( jam 3.30 pagi) saya medengar alunan suara Abida Parveen yang mempunyai keunikan suaranya tersendiri. Nyanyian lagu ghazal dengan lirik sufi Buleh Shah agak menyentuh jiwa walaupun saya tidak faham . Sekurang-kuranya dapat saya hiburkan hati ini. Dan sebelum saya bersahur saya mahu seseorang merenung kata-kata ini
“Jika aku mencintaimu, tak perlu terlalu banyak kata untuk menyatakan perasaanku,
karena kurasa kau kan tahu. Sebaliknya, jika aku tak mencintaimu,
tanpa kata-katapun kau juga kan tahu itu. Kau tak kan percaya,
seandainya aku mengatakan beribu-ribu kata bahwa aku mencintaimu..”
Bangunlah isteriku ..abang memang begitu
Ramadhan 2010 Taman Kembara 1.
Semalam ada kawan saya telefon bertanya persiapan sebelum berkahwin. Kawan saya ini memang sudah mempunyai tunang dan mengikut ceritanya dia akan berkahwin selepas Raya. Musim Raya dan musim cuti sekolah memang menjadi rutin rakyat Malaysia untuk melansungkan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan saya sendiri pun dilansungkan pada musim cuti sekolah. Semestinya perkara yang paling penting kalau nak kawin yang wajib ada adalah pasangan. Antara senarai-senarai pendek dokumen yang perlu ada sebelum perkahwin ialah
- Selesai dan mempunyai sijil pra perkahwinan. Bayaran untuk mengambil sijil kursus pra perkahwinan ialah RM 80 selama 2 hari. Biasanya dibuat pada hari cuti Sabtu dan Ahad. Ada juga kursus percuma yang dsediakan oleh Majlis Agama. Yang percuma atau berbayar semuanya laku. JANGAN BELI CUKUP… RM 80 bukanya mahal sangat. Banyak juga ilmu-ilmu berguna yang dikongsi oleh penceramah nanti. Betulkan niat dahulu sebelum pergi kursus , jangan pergi kursus semata-mata untuk mendapatkan sijil tetapi niatlah untuk mendapatkan ilmu dan sedikit pendedahan mengenai alam perkahwinan.
- Surat akuan bujang. Surat akuan bujang boleh dibuat oleh majikan. Senang sahaja surat akuan bujang ni, yang penting surat rasmi , mempunyai letter head tempat anda bertugas dan dalam surat tersebut menyatakan anda seorang bujang yang masih belum berkahwin dan ditandatangan oleh boss anda.
- HIV test. Ujian HIV adalah perkara yang menjadi keperluan untuk bakal-bakal pengantin. Ujian HIV tidak boleh dibuat disebarangan klinik dan hanya boleh dibuat klinik-klinik kerajaan dan juga wakilnya. Biasanya ujian HIV dibuat setiap hari khamis. Pastikan anda menefon dahulu klinik yang anda ingin menjalani ujian dan Tanya kepada staf klinuik tersebut hari apakah ujian dibuat. Sebab setahu saya bukan setiap hari klinik akan buat ujian HIV.
- Surat keluar mukim bagi lelaki. Bagi calon lelaki yang sudah mempunyai dokumen-dokumen seperti di atas bolehlah mengisi borang nikah yang boleh didapati dengan imam setiap mukim. Tak panjang sangat borang nikah tu hanya dua helai. Dokumen tersebut perlu dilampirkan dengan borang nikah dan disemak oleh imam. Selepas imam berpuas hati barulah imam akan mengeluarkan surat kebenaran keluar mukim kepada calon pengantin lelaki. Semua dokoumen di atas hendaklah diserahkan kepada pengantin perempuan untuk diserahkan kepada imam sebelah pengantin perempuan . Apabila dokumen pihak lelaki dan perempaun lengkap barulah imam sebelah perempuan akan mengeluarkan surat kebenaran berkahwin.
Bukan susah sangat pun nak kawin ni. Yang penting niat itu mesti betul. Mengikut sunnah Rasulullah dan meyambung keturunan. Jangan lupa pula dokumen-dokumen asas seperti salinan kada pengenalan bakal pengantin perempuan dan juga lelaki serta gambar sekurang-kurangnya 4 keping. Kepada bakal pengantin perempuan janganlah minta hantaran mahal-mahak sehingga bakal pengantin lelaki terpaksa membuat pinjaman bank. Nanti kelak yang akan bayar pinjaman bank tu suami anda juga. Fikir-fikirkanlah .Buatlah majlis yang sederhana sahaja kalau tak mampu asalkan sempurna. Jangan sampai berhutang semata-mata ingin nampah gah dimata orang. Selamat pengantin baru. Wassalam. * Cerita saya ini berdasarkan perkahwinan di Kelantan.
Selamat Hari Guru
Selamat hari Guru , kepada gur-guruku semua yang mengajat dari Sekolah Rendah Kebangsaan Mata Ayer, Sekolah Menengah Kebangsaan, Guru-guru di Matrikulasi, UPM, Pondok dan guru-guru yang perseorangan yang tidak pernah jemu menegur dan memberi tunjuk ajar pada diri ini.
Pagi tadi saya baca suratkhabar berita harian, hanya 30 peratus sahaja guru lelaki berbanding dengan jumlah perempuan. Ke mana kaum lelaki ? memang saya tidak nafikan watak seorang pendidik lebih kepada wanita dengan tambahan bonus watak keibuan yang mempunyai naluri keibuan yang mampu mentafsir mengikut kata hati. Saya pun sudah rasa kesunyian apabila ramai guru lelaki yang bertukar diganti dengan guru perempuan dan yang telah berkahwin. Nasib badan.
Sambutan Hari Guru.
Saya rasa secara tidak sengaja atau sengaja setiap manusia yang pernah ke sekolah akan menyambut Hari Guru. Secara tidak sengaja atau sengaja juga kita mempunyai guru yang kita selalu kita ingat dengan kewibawaan dan kesungguhan guru tersebut melayan kita. Semakin pandai guru tersebut melayan karenah murid makin dekat guru tersebut di hati muridnya, melayan yang saya maksudkan dengan penuh kawalan dan perasaan tanggungjawab . Bukan melayan dengan membiarkan muridnya hanyut dibawa arus zaman yang banyak ranjau berduri . Secara tidak lansung kita akan bersama dengan insan yang bernama guru dari darjah satu sampai ke tingkatan lima atau enam. Pensyarah pun guru juga tetapi kita tidak memanggilnya dengan panggilan “cikgu” sebab kerana itu saya mengatakan panggilan cikgu tu kita guna sampai tingkatan lima atau enam.
Seorang guru memang memberi kesan banyak kepada muridnya. Guru bukan sekadar seorang yang mengajar matapelajaran tertentu sahaja tetapi yang memberi semangat kepada muridnya, tempat meluah perasaan dan berkongsi masalah malahan guru adalah sebagai ibu bapa yang ke dua terutama disekolah. Memang hidup kita berhubung dengan guru. Saya sendiri merenung kembali diri saya, kalau tanpa dengan tunjuk ajar dari guru saya dahulu sepatah haram pun saya tidak tahu, dari tidak tahu mengenal huruf, guru saya mengajar pandai membaca mengira sehinggalah sampai sekarang berkat ilmu tulis baca saya menjadi manusia pada hari ini. Terima kasih cikgu.
Guru Insan Terpilih
Saya teringat kisah seorang kawan saya, asalnya dia bekerja sebagai seorang jurutera, isterinya yang mengisi borang KPLI untuknya. Dia Berjaya ditemuduga dan Berjaya terpilih untuk menjadi guru walaupun dia sendiri pun tak sangka begitu mudahnya dia dapat menjadi guru padahal beribu-ribuan orang yang masih belum mendapat pekerjaan dan ijazah setandingnya. Mengikut ceritanya begitu terharu apabila dia sedar dia dipilih untuk menjadi guru , bukan sekadar dipilih oleh penemuduga tetapi dipilih oleh Yang Maha Berkuasa. Menitis air mata kawan saya apabila menyanyi lagu Guru Malaysia apabila hari orientasi di Maktab, terutama pada lirik
“Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
KKKepada sahabat seguruan sekalian selamat hari guru dan sama-sama kita hayati lagu Malaysia dan kita kotakan apa yang kita janji. Tidak lupa juga selamat hari guru buat seorang guru yang istimewa dalam hidup saya. Saya sayang kamu.

TV9 dengan bangganya akan menjadi stesen televisyen utama sepanjang perlawanan Piala Thomas tahun ini, yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Untuk perseorangan, kumpulan Malaysia terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei, Wong Choon Hann, Hafiz Hashim dan Tan Chun Seang. Manakala untuk beregu, ia terdiri daripada Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif dan Ong Soon Hock-Hoon Thien How.
Mampukah Malaysia merampas kembali Piala Thomas pada tahun ini? Saksikan kesemua aksi-aksi hebat dan mendebarkan perlawanan Piala Thomas hanya di TV9.
9 Mei
6 ptg: Malaysia vs Nigeria
11 Mei6 ptg: Malaysia vs Japan
Suku akhir
12 Mei: 12 tengahari & 6 ptg
Separuh akhir
14 Mei: 2:30 ptg & 7:30 ptg
Akhir
16 Mei: 2 ptg
Berkenaan Piala Thomas
Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.
Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.
Juara bertahan Piala Thomas sekarang ialah China.
Yang Terindah (Dakmie)
OST Adamaya
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

adamaya
Mula mula tengok cerita ni biasa sahaja tapi lama-lama jadi best pula. Kisah seorang isteri yang ada kekasih lain dan tidak pandai menghargai kasih sayang suaminya WataK Adam memang baik sahaja. Mereka berkahwin bukan kerana pilihan hati mereka sebab itulah Maya lakonan Lisa masih mahu bersama kekasihnya. Lirik lagu dalam cerita ni pula masuk dan sesuai. Banyak kali saya dengar lagu ni dan mengingatkan saya pada seseorang yang jauh. terutama pada rangkap Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Saya memang tidak sempurna tapi saya jujur.
Memang saya tak mahu lepaskan peluang menonton filem yang sudah lama saya tinggun Iron Man 2. Sebuah filem yang diadabtasi dari komik super hero pada tahun 1963. Watak Iron Man ini dihasikan oleh empat individu iaitu Penulis dan editor bernama Stan Lee ,Penulis Skrip Larry Lieber ,Pelukis Don Heck dan Jack Kirby. Pada filem ini, Tony Stark telah menyahut kempen keamaman untuk dunia dan dia tidak menjadi pembekal senjata lagi kepada Amarika.

iron man 2
Pada filem yang lepas Iron Man membawa kisah (Anthony) Tony Stark, seorang bilionaire dan tycoon pengeluar senjata pemusnah kepada Amerika yang mewarisi industri itu daripada bapanya.
Menjadi pelopor kepada persenjataan moden yang membekalkan senjata kepada tentera Amerika, Tony juga menjadi tumpuan negara-negara lain termasuklah kumpulan gerila yang bercita-cita besar mahu berkuasa melalui peperangan.
Tony diculik oleh sekumpulan gerila Afganistan selepas beliau membuat demonstrasi senjata terbarunya di sana. Beliau dipaksa membuat senjata yang sama sebagaimana dipertontonkan dalam sesi demonstrasi sebelumnya.
Sebaliknya berlaku. Dalam gua tempat beliau ditahan itulah terhasil sut besi yang digunakan bagi melepaskan diri. Dibantu oleh seorang tahanan lagi bernama Yinsen yang juga merupakan individu yang mahir dalam kejuruteraan, sut itu berjaya dihasilkan.
Yinsen adalah individu yang menyelamatkan nyawa Tony yang tercedera akibat serangan pihak gerila yang menggunakan senjata-senjata keluaran Stark Industries ke atas tentera Amerika yang mengiringinya. Senjata makan tuan.Meskipun Tony berjaya melepaskan diri, nasib yang sama tidak menyebelahi Yensin yang mati dalam percubaan itu. Filem ini menunjukkan tiga versi sut yang digunakan oleh Iron Man (pasti ada yang marah dengan entri ini, mendedahkan lagi isi filem). Melihat kembali situasi beliau diculik, Tony menyedari senjata yang dihasilkan sebenarnya bukanlah cara keamanan dapat dicapai.

iron man 2
Pada masa sama, Tony yang begitu tidak mementingkan kewujudan orang lain di sekeliling, kaki perempuan dan lebih mengikut arahnya sendiri dalam membuat keputusan menjadikan beliau sebagai seorang jutawan industri yang keseorangan dalam kejayaan.
Ditahan oleh kumpulan gerila itu menjadi Tony melihat satu sisi baru dalam hidupnya. Melihat penting manusia yang selalu bersama beliau. Melihat betapa teruknya sikap kawan makan kawan dalam bisnes. Melihat teknologi adalah bersifat membantu manusia dengan memudah cara hidup, bukan memusnahkan hidup.
Pada kali ini pula teknologi Iron Man telah ditiru oleh seorang saintis genius yang berdendam dengan kelurga Tony. Saksikan babak-babak yang menarik perlawanan antara Iron Man sebenar dan Iron Man tiruan. Saya sengaja tidak menceritakan kisah cerita ini , kerana saya yakin akan sendiri ingin mengetahuinya dengan menonton sendiri di pawagam.

kursus kahwin
Kursus Kahwin
Saya baru sahaja menghadiri kursus kahwin. Memang agak berat kaki nak melangkah nak ke kursus kalau bukan ‘wajib”. Mahu or tidak saya perlu pergi juga. Saya memilih untuk ke kursus di Mahligai Firdaus di Titiwangsa. Yang bagusnya, untuk booking kursus ini sms sahaja. Dan sehari sebelum kursus pihak Mahligai Firdaus akan sms untuk membuat pengasahan sama ada kita berminat atau tidak untuk dating kursus ke esokan harinya.
Hari pertama kusus bermula jam 10 pagi dan tamat jam 7 petang. Berasap juga kepala saya mendengar ceramah hampir 8 jam. Rehat Cuma waktu solat Zohor dan Asar sahaja dan juga makan tengahhari. Ramai yang mengahadiri kursus dengan awek dan tunang masing-masing, saya rasa saya dan tiga orang sahaja peserta kursus yang datang tanpa pasangan. Kalau waktu makan, yang datang dengan pasangan akan makan dengan pasangan masing, memang Nampak romantik Cuma tak makan bersuap sahaja. Maklumlah bila dah kursus memang serius untuk mendirikan rumahtangga. Segan juga nak menggangu dan makan bersama dengan pasangan-pasangan romantik, jadi saya makan seorang diri sahaja dan selepas itu 3 orang peserta kursus yang tak berteman datang ke meja saya. Ada yang nak kahwin bulan enam dan ada juga yang memilih time raya untuk kahwin.
Ceramah ustaz masa kursus memang tak dapat dinafikan semua menghiburkan hati, banya lawak-lawak “ malam pertama” yang membuat peserta lelaki gelak macam nak pecah bilik kuliah, namun peserta perempuan dengan kawalan keayuan hanya senyum sahaja dan buat-buat tak faham, walaupun mungkin mereka lebih faham. Memang banyak perkara baru dan serba sedikit ilmu rumahtangga didedahkan di dalam kursus ini, memang berbaloi saya banyar RM 80 untuk kursus selama satu hari setengah dan sijil kursus perkahwinan tersebut boleh digunakan sampai bila-bila dan untuk perkahwinan akan datang.
Pada mulanya saya ingat selepas kursus terus dapat ambil sijil tetapi kena tunggu seminggu baru dapat sijil , maka terpaksalah saya pergi sekali lagi minggu berikutnya untuk mendapatkan sijil. Selain daripada kursus, ujian HIV pun menjadi kewajipan atau pun syarat untuk berkahwin. Sebelum pergi buat ujian HIV , jangan terus pergi ke klinik tersebut, kalau boleh call atau pun dapatkan maklumat dahulu, kerana ujian HIv bukan dijalankan setiap hari, hanya hari-hari tertentu sahaja. Biasanya dari jam 2 petang hingga 5 petang sahaja.
Saya telah membuat ujian HIV di Klinik kesihatan Sham Alam. Ujian HIV di Klinik Shah Alam bermula jam 2 petang hingga jam 5 petang sahaja, setiap hari Isnin hingga Khamis, Hanya 40 orang sahaja sehari. Keputusan ujian hiv boleh dapat pada hari yang sama lebih kurang 15 minit sahaja. Begitulah ceritanya.

keselamatan
Tapisan Keselamatan
Saya semak tapisan keselamatan melalui website http://apps.cgso.gov.my/pilih.nsf/sennokp/E2B26FE170D2D71A4825770D00597353?OpenDocument tapi apabila saya memasukkan ic saya , system tersebut bagi mesej data tidak dijumpai. Kalau mengikut system biasa, biasanya mesej tersebut dipaparkan apabila maklumat tidak dimasukan di dalam database system tersebut. Hairan juga kenapa sedangkan saya sudah hantar setahun lepas sedangkan sahabat saya yang baru hantar awal tahun ni dah ada dalam system dan status “dalam” proses. Pada mulanya saya ingat saya seorang sahaja mengalami masalah ini dan saya cuba bertanya pasa sahabat yang lain dan mereka mempunyai masalah yang sama. Waktu ketika saya menulis post ni saya belum dapat jalan penyelesaian lagi, dalam kepala saya kalau susah sangat saya nak hantar baru sahaja. Tapisan keselamatan itu penting juga , silap haribulan kalau tak lepas atau tak ada borang tersebut tak boleh confirm. Saya Tanya kerani takut-takut saya belum isi lagi, tapi dia kata saya dah isi. Begitulah ceritanya.

jus kuruskan badan
Balik dari kerja tadi, saya sempat singgah diekdai sebelum sampai ke rumah. Seperti biasa saya meng’order’ teh o nipis. Nak makan sudah kenyang hanya dahaga sahaja. Lagipun pekena teh o waktu petang begini ada kenikmatannya yang tersendiri. Sambil saya minum saya tertengok di tabloid Harian Metro. Testimonial dari seorang pengguna Jus xxx( bukan nama sebenar) yang berjaya menurunkan berta badan dalam 50 kg dalam tempoh 4 bulan sahaja. Dalam gambar tersebut bukan main bergaya, dahulu montel sekarang dah slim. Saya pun kekadang konfius takut2 terbalik, dahulu dan selepas, manalah tahu gambar yang berat 120 kg tu gambar terbaru dan gambar slim gambar yang dahulu.
Saya buat perkiraan, kalau berjaya mengurangkan berat badan 50 kg dalam masa 4 bulan , ini bermakna dalam sehari dia perlu mengurangkan 417 gram. Banyak juga penurunan sebanyak itu, Kalau yang makan Jusxx ini dan makan nasi 3 kali sehari, tak mapu nak turun sebanyak ini. Nasi tiga kali sehari dah hampir 400 gram atau lebih lagi. Tak termasuk makanan lain lagi. Memang apa yang kita makan akan ‘dibuang’ balik tapi tidak sebanyak kita makan.
Kesimpulan dari tadi, walaupun apa jenis ubat anda makan untuk mengurangkan berat badan , perkara utama yang perlu anda tekankan ialah disiplin diet anda. Kalau makan Juxxx dan makan nasi 4 pinggang sehari tak berbaloi menghabiskan duit untuk membeli Jusxx tersebut. Ubat-ubat tersebut memang berkesan, mungkin menyebabkan selera anda kurang, rasa cepat kenyang dan sebagainya. Yang paling penting diet . Itu sahaja. Oleh yang demikian untuk menjimatkan duit dengan membeli ubat-ubat kuruskan badan eloklah banyak bersenam dan kawal cara makan dan kalu boleh puasa. InsyaAlllah badan anda akan kurus. Begitulah biasanya.
