Archive for the ‘kpli’ Category

Ramai juga kawan-kawan saya yang bertanya kepada saya tips semasa menghadiri temuduga KPLI. Secara peribadinya , memang susah untuk saya memberi tips kerana sukar untuk diramal apa yang akan ditanya semasa temuduga nanti.  Paling mudah ialah dengan membaca tips atau panduan  temuduga umum . Kebanyakkan dari kita sudah mengetahui dan tidak jauh berbeza dengan tips temuduga untuk menghadiri temuduga KPLI. Di anatranya ialah:
1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru. Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika  dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju.

2. Datang  lebih awal samaada  paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang  dan tidak kelam kabut.

3. Susun  sijl dengan teratur. Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, sijil  SPM,  transkrip keputusan , dan diikuti dengan sijil-sijil akademik yang lain . Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan.  Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan.

4.  Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah

a- Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.
b-  Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidkan,  Nama menteri dan pengarah pelajaran.
c- Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru
d- Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidkan dengan kemahiran yang kamu ada.
e- Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.
f- Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan.
g-  Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaiatan dengan kebolehan anda dan sumbangan
5. Menjawab  soalan dengan tenang setenang James Bond menghadapi suasana sukar.
6. Tidak terlalu menunjuk anda seorang yang terlebih bijak. Bersederhanalah dalam menjawab.
7. Paling penting berdoalah kepada Allah kerana dialah yang Maha Memberi Rezeki..Sebelum saya terlupa, masa temuduga paling minimum  15 minit mungkin sampai setengah jam pun ada kalau 20 minit tu biasa sahaja. Bersedialah mempromosi diri anda untuk menunjukkan anda mampu menjadi guru yang terbaik.

Selamat berjaya

KPLI KEMBALI LAGI

Kalau tidak silap saya ujian Mtest untuk KPLI akan bermula pada Sabtu ini Kepada kekawan yang telah membeli nombor pin dari BSN dan telah mendapat tahu dimana pusat peperiksaan saya ucapkan tahniah kerana anda telah memulakan langkah anda untuk menjadi warga pendidik. Pada masa dulu mungkin ramai yang beranggapan perkejaan guru adalah pilihan yang terakhir tetapi pada masa sekarang ramai yang menjadikan guru sebagai pilihan utama.

Ramai juga kawan saya yang dari bidang profesional lain seperti kejuteraan dan penguam yang membuat keputusan nekad untuk menjadi warga pendidik dengan mengambil KPLI. Memang saya kagum dan tabik spring kepada kawan-kawan sanggup bekorban diri untuk menjadi warga pendidik. Semoga dengan semangat dan kebolehan yang ada pada kekawan sekalian dapat meningkatkan lagi keprofesionalan bidang perguruan.

Ada juga yang beranggapan bidang perguruan adalah senang dan paling seronok kerana dapat banyak cuti. Tetapi setelah saya menghayati dan melalui sendiri bidang perguruan tidaklah semudah yang disangka . Kalau kekawan yang memilih untuk mengambil KPLI , anda akan berhadapan dengan pelbagai kerenah kanak-kanak yang penuh dengan ragam . Banyak perkara yang kita fikirkan tidak logik mereka akan lakukan. Persiapan mental dan meningkatkan tahap kesabaran adalah sangat penting. Tanpa semangat yang cukup memang agar sukar untuk anda menjiwai watak seorang guru seperti cikgu Limau Kasturi yang dilakonkan oleh Harun Salih Bachik. Membaiki motor memang mudah bagi seorang mekanik motor tetapi kalau disuruh saya membaiki motor memang susah. Begitulah lebih kurang analoginya. Kita tidak boleh mengatakan senang kalau bukan bidang kita walaupun kita bergelar dr phd kerana bidang tidak sama.

Berhadapan dengan kebisingan, kenakalan dan kelembapan murid-murid menguasi subjek yang diajar boleh membuat guru menjdi tidak bersemangat dan putus asa. Kebanyakkan tidak semua dan lebih tepat lagi tidak samapi separuh murid-murid yang mempunyai tahap IQ yang bagus. Dengan kata lain, sebagai guru memang wajib menghadapi situasi dan wajib mempuyai semangat untuk menjadi seorang pendidik yang mampu mengubah murid-murid ke tahap yang lebih baik.

Selain itu juga , jangan terkejut kalau anda dibebani dengan tugasan pengkeranian yang senang tetapi banyak anda perlu buat walaupun anda DG41. Apapun bidang guru memang seronok dan sekiranya anda memang mempunyai watak seorang guru tulen yang tidak pernah putus asa mecari penyelesaian bagi masalah yang di hadapi.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada kekawan yang telah memilih untuk menjadi warga pendidik. Dengan ijazah yang anda miliki sememangnya anda semua memang layak untuk menjadi guru tetapi rezeki dan takdir akan menentukan anda terpilih atau tidak.

pepper spray
Bank Malaysia
Beli On Line
Komputer
Sms Free
Web Kerajaan Malaysia
Web Sekolah
September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930