Lokasi : ~ 200 meter dari Pondok Polis ke simpang Jln. Genting, Rantau Panjang.
Archive for the ‘Berita Semasa’ Category

Bila dengar banyak kali OST epilog syurga cinta ini, sedap juga suara Fida ni yer, lirik lagunya pun boleh tahan sedapnya. Korang juga boleh download mp3 epilog syurga cinta, jadi dengarlah sampai bosan..
Lirik Lagu Tema OST Epilog Syurga Cinta Akasia TV3
Ku Memohon Padamu – Fida
Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita
Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu
Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu
Ku Memohon Padamu
Download MP3 Lagu Tema OST Epilog Syurga Cinta
Link Download Ziddu
Link Download 4Shared
SEMAK KEPUTUSAN PTK JUN 2010
Calon-calon PTK Jun 2010 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai 22 Julai 2010 melalui SMS dengan menaip PTK <jarak> No. K/P dan hantar ke 36363 atau dengan menaip PTK RESULT<jarak> No. K/P dan hantar ke 15888 atau secara on-line di sini.
http://www.mpm.edu.my/ptk/

semakan ptk

TV9 dengan bangganya akan menjadi stesen televisyen utama sepanjang perlawanan Piala Thomas tahun ini, yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Untuk perseorangan, kumpulan Malaysia terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei, Wong Choon Hann, Hafiz Hashim dan Tan Chun Seang. Manakala untuk beregu, ia terdiri daripada Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif dan Ong Soon Hock-Hoon Thien How.
Mampukah Malaysia merampas kembali Piala Thomas pada tahun ini? Saksikan kesemua aksi-aksi hebat dan mendebarkan perlawanan Piala Thomas hanya di TV9.
9 Mei
6 ptg: Malaysia vs Nigeria
11 Mei6 ptg: Malaysia vs Japan
Suku akhir
12 Mei: 12 tengahari & 6 ptg
Separuh akhir
14 Mei: 2:30 ptg & 7:30 ptg
Akhir
16 Mei: 2 ptg
Berkenaan Piala Thomas
Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.
Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.
Juara bertahan Piala Thomas sekarang ialah China.
Hebat juga target Dr. Rozmey apabila dia mensasarkan target kutipan Rm 12 juta untuk filem sulungnya yang bertajuk dua alam. Buat masa sekarang kutipan rm 12 juta untuk filem Malaysia bukan satu kutipan yang mudah. Kebetulan pula tarikh keluar panggung Filem dua alam lebih kurang dengan tarikh filem Iron man 2 . Sebuah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat filem super hero.

filem dua alam
Tidat dapat dinafikan Dr. Rozmey telah membuat promosi yang hebat , terutama promosi yang menggunakan tabloid kosmo. Artikel dan temuramah dalam tabloid tersebut memang mengangkat Dr. Rozmey setinggi langit sehingga penulis menggunakan istilah Fenomena Dr. Rozmey. Betul ke Dr. Rozmey telah menjadi fenomena. ? Mungkin Dr. Rozmey kurang dikenali oleh saya yang berbadan agak slim. Kalau lihat pelbagai majalah akan terpapar kehebatan jus mate Dr. Rozmey. Promosi yang dan pemasaran yang berkesan dibuat oleh Dr. Rozmey berjaya membuat jus mate menjadi sebuah produk yang dikenali berbanding dengan produk-produk yang lain walaupun dalam masa yang sama memang ada produk yang sama hebat mahupun lebih hebat daripada jus mate tetapi disebabkan kurang promosi membuat produk tersebut hanya dipandang sebelah mata sahaja.
Dengan keyakinan pada promosi an pemasaran yang hebat membuat Dr. Rozmey berani menceburi diri salam bidang penerbitan filem. Harus diingat dunia perfileman jauh berbeza dengan dunia ‘jus mate”. Tambahan pula , pada masa sekarang rakyat Malaysia kebanyakkan masih kurang yakin dengan kualiti filem Melayu. Contoh yang palin mudah ialah filem Puteri Gunung Ledang. Memang diakui PGL adalah sebuah filem yang hebat dan menelan belanja berjuta ringgit selain dengan promosi yang hebat tapi akhirnya pulangan hanya seberapa sahaja tidak seperti yang diharapkan. Walaupun filem yang dibuat hebat tetapi masyarakat kita masih belum mahir untuk menilai filem-filem yang betul-betul berkualiti. Mereka sering mengambil jalan mudah dengan menonton filem berunsurkan komidi dengan mentafsir , filem yang boleh menghiburkan dikatakan filem yang berkualiti. Filem terbaru yang di anggap berkualiti ialah “ Adnan Sempit”.

iron man 2
Saya bukan ahli nujum , tetapi memandangkan suasana sekarang untuk mendapat 12 juta memang sukar . Apapun saya tetap menyokong Dr. Rozmey sebagai seorang usahawan Melayu yang berani menceburi diri dalam filem. Cuma Dr. Rozmey perlu lebih berhati-hati kerana dunia perfileman ini banyak “duri-duri” yang akan menyusuk perasaan.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat dengan kebakaran di Pekan Pulai Chondong. Pada mulanya ingat kebakaran tu melibatkan sebuah atau dua buah sahaja tapi apabila tengok gambar di website www.nixk.net lebih kurang 15 buah rumah kedai terlibat. Alhamdulillah dalam kejadian tersebut tidak ada kehilangan nyawa. Semasa saya menulis di dalam blog ini punca kebakaran belum diketahui lagi cuma ada kemungkinan disebabkan kebocoran gas dan litar pintas. Beberapa gambar untuk dikongsi yang diambil dari website www.nixk.net.

- kebakaran di Pekan Pulai Chondong

- kebakaran pekan pulai chondong
Untuk berita lanjut mengenai kebakaran tersebut boleh kli di http://www.nixk.net/kedai-pulai-chondong-dijilat-api/. Diharap keluarga yang terlibat dengan kebakaran ini banyak bersabar. Apapun berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
1. Kali pertama dapat pengalaman jaga peperiksaaan UPSR. Tak best sangat , maklumlah pengawas peperiksaaan ni kena jaga budak exam je bukan leh sms , baca buku ke. Namun pengalaman jaga periksa memang menarik
2. Sekolah aku jaga periksa sekolah Cina. Aku tak pernah masuk sekolah cina. Wahh besarnya sekolah ni . Bukan setakat besar malahan cantik . Design bangunan baru . Dengar cerita bangunan sekolah ni adalah sumbangan daripada PIBG dan persatuan cina. Sebab sekolah cina tidak mendapat bantuan penuh. Respect lah kat kaum cina sifat sedekah tu sampai boleh buat bangunan. Orang Melayu lagi tahu sedekah banyak pahala. tambahan pula sedekah untuk keperluan sekolah lagi banyak pahala dan tergolong daripada sedekah jariah.Iklas walaupun sedikit .Seposen cukuplah asalkan ikhlas
3. Biasanya kalau kat sekolah SK budak Melayu akan bagi salam apabila jumpa cikgu. Sekolah cina saya lihat murid siap tunduk lagi sambil ucap selamat pagi. Macam cerita Jepun tu. Haik.Lebih kurang macam tu dia punya tunduk. Hormat guru berkat ilmu.
4. Ada lagi benda yang menarik. Tadi periksa Matematik. Bukan main cepat budak Cina Jawab periksa siap tulis cina lagi. Ada beberapa calon Melayu pun tulis cina. Hebat pula budak Melayu tulis cina. Teringat pula kat bebudak sekolah saya .mungkin duk jawab soalan dalam Bahasa Inggeris kot. Orang Melayu hebat . Tulis cina boleh , tulis Inggeris pun boleh.Hebat-hebat macam Hang Jebat
5. Wassalam
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan , bulan yang penuh kemulian kepada semua sahabat di skrp klang www.skrpklang.com .Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini kita semua lebih dekat dengan pencipta. Selamat balik kampung kepada sahabat sekalian. Begitu juga semua sahabat BDK IRRP, kalian semua sentiasa dalam ingatan. Kepada geng-geng ping pong , kalau ada masa dan keluangan bolehlah sama-sama kita bersukan selepas terawikh dalam sejam dua. Salam Ramadhan dan selamat bercuti semua. Kalau yang nak kurma boleh dapatkan dengan cikgu Syukri haha

Gambar tiada kaitan dengan teks
Raja Pop Micheal Jackson meninggal Dunia
- Raja Pop Micheal Jackson meninggal dunia akibat sakit jantung. Begitulah yang dilaporkan.
- Dulu ada juga saya dengan ura-ura bahawa Michael Jackson memeluk Islam tetapi saya tengok nama pun masih sama dan berita itu pun tidak dihebohkan sangat. Terkejut juga apabila abangnya telah membuat kenyataan bahawa Micheal Jackson telah memeluk agama Islam. Pada akhir kenyataan abanganya, dia mengatakan semoga Allah SWT merahmati Michael Jackson atau nama Islamya Mikail nama Malaikat.
- Saya bukanya seorang peminat MJ dan tidak pernah membeli albumnya walaupun sampai sekarang rekod penjualan albumnya masih belum dapat ditandingi iaitu sebanyak 50 juta unit
- Apa yang menarik tentang Michael Jackson bagi saya ialah , dialah manusia yang Berjaya menukar dari orang hitam kepada orang putih. Memang hebat
- Begitu juga dengan tarian yang berindentit atau lebih dikenali sebagai moon walk
- MJ sangat sayangkan kanak-kanak sehingga terlibat dengan kes seksual dengan kanak-kanak. Agak mengerikan kes ini.
- Apapun sebagai ummat Islam kita sama-sama mendoakan semoga rohnya damai di sana. Hanya Allah SWT sahaja yang menentukan Syurga atau neraka kepada hambaNya. Kita datang dariNya dan kepadaNya jua kita kembali.
- Wassalam
Oh Shah rukh Khanku Mengapa Kau Murtad
- Saya memang minat S.K berlakon. Memang diakui dia seorang yang bagus berlakon. Cerita sedih, kelakat , serius dan macam-macam watak lagi dia boleh berlakon.
- Sampai sekarang saya masih sangsi lagi apa anutan Agama S. K ni. Terkejut juga saya membaca dalam website bahawa dia ada mebuat kenyataan “Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berpengaruh sepanjang sejarah dunia, malah tidak setanding dengan populariti Adolf Hitler dan Winston Churchill.” Dan mufti India telah anggap dia Murtad. Entah kenapa dia buat kenyataan berikut , memang cari fasal dan memang tak menjiwai agama Islam. Atau dengan bahasa lain Islam nama sahaja.
- Dan yang teruknya isteri dia agama Hindu. Apa jenis Islam S.K ni. Kalau dia memang bukan Islam no hal tak ada orang nak pertikai sangat dengan siapa dia nak kawin .
- Salah satu fakta menarik juga dia mendapat gelaran Dato daripada kerajaan Melaka. Tahniah , pengorbanana seni anda dihargai .
- Apapaun fikirlah sendiri. Anak-anak muda Melayu kita pun Ramai yang hanya Islam nama sahaja. Pijak Al-Quran pun ada. Black Mental Kononnya
- Wassalam.

Shah Rukh Khan
Tuesday, April 21, 2009
Bonggol dan Garisan Kuning ‘Speed Breaker’
Lokasi : ~ 200 meter dari Pondok Polis ke simpang Jln. Genting, Rantau Panjang.

